Tajuk : Tips Stabilkan Emosi
Link : Tips Stabilkan Emosi
Emosi seseorang boleh berubah-ubah. Ada masanya seseorang menjadi ceria dan gembira. Namun ada masanya akan berubah menjadi sedih dan murung. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips stabilkan emosi.
Tips Stabilkan Emosi - Sumber gambar huffingtonpost.com |
Kestabilan emosi kita bergantung kepada cara kita mengawal perasaan. Beberapa tips stabilkan emosi adalah seperti berikut:
Minum air kosong secukupnya
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari. Air yang mencukupi membekalkan oksigen ke otak dan melancarkan peredaran darah dalam badan kita.
Makan secara seimbang mengikut piramid makanan
Makanlah mengikut keperluan badan anda, jangan makan mengikut emosi. Amalkan pemakanan seimbang dengan mengurangkan lemak dan minyak. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bersenam secara berkala
Lakukan senaman yang mengeluarkan peluh selama 20 minit setiap sesi sebanyak 3 kali seminggu. Senaman secara berkala membantu merembeskan hormon endorfin yang membuatkan anda berasa ceria.
Kawal pengambilan ubat
Makan ubat anda mengikut dos yang telah ditetapkan. Sesetengah jenis ubat seperti ubat sakit jantung mampu mempengaruhi perasaan.
Tidur dan rehat yang mencukupi
Tidurlah secara tetap pada setiap malam iaitu sekurang-kurangnya selama enam hingga lapan jam.
Jangan segam untuk mendapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah jika anda sukar mengawal emosi. Oleh itu, semoga perkongsian mengenai tips stabilkan emosi pada kali ini memberi manfaat kepada anda.