Tajuk : Rawatan Kaki di Rumah
Link : Rawatan Kaki di Rumah
Penjagaan kaki sering dianggap kurang penting berbanding dengan penjagaan kulit wajah dan badan. Kurang penjagaan akan menyebabkan kaki menjadi kasar dan kering yang seterusnya akan menjejaskan penampilan seseorang.
Rawatan Kaki di Rumah - Sumber gambar themoonvilla.com |
Tanpa mengeluarkan belanja yang besar anda masih boleh melakukan sendiri rawatan untuk kaki di rumah. Beberapa langkah asas untuk merawat kaki di rumah adalah seperti berikut:
Membuang toksin di kaki
Rendamkan kaki anda selama 15 minit di dalam air suam yang dicampur dengan dua sudu garam bukit bagi membuang toksin dan menghilangkan kotoran di kaki anda. Tambahkan minyak aromaterapi untuk bau yang harum.
Merapikan kuku kaki
Potong kuku kaki anda agar ianya kelihatan rapi dan bersih. Kuku yang pendek juga penting bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman. Asah kuku kaki dengan menggunakan pengasah khas untuk kuku bagi merapikannya.
Menanggalkan kulit mati di kaki
Gosok kaki anda menggunakan berus yang dikhususkan untuk menggosok kaki. Gosok bermula dari pergelangan kaki, tapak kaki dan di celah jari kaki. Ini akan menanggalkan sel kulit mati. Anda juga boleh menggunakan batu sungai.
Mencerahkan kulit kaki
Ambil hirisan lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada kaki. Lemon sangat bermanfaat untuk mencerahkan kulit kaki di samping dapat mengharumkan kaki anda. Kemudian bilas kaki dengan air bersih dan lap dengan tuala kering.
Melembapkan kulit kaki
Sapukan sedikit minyak zaitun pada kaki untuk melembapkannya. Atau anda juga boleh menggunakan losyen yang sesuai untuk kaki. Urut kaki perlahan-lahan supaya minyak atau losyen tersebut meresap ke kulit.
Oleh itu, gunakan waktu hujung minggu anda untuk membuat rawatan kaki di rumah. Anda juga boleh melakukan rawatan kaki ini secara santai sambil menonton rancangan kegemaran anda di televisyen.
Nota: Elakkan membersihkan kaki dengan sabun kerana ia akan mengeringkan kulit.