Sabtu, 15 Ogos 2015

Tips Menghias Bilik Sewa Bujang

Tips Menghias Bilik Sewa Bujang - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniTips Menghias Bilik Sewa Bujang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Menghias Bilik Sewa Bujang
Link : Tips Menghias Bilik Sewa Bujang

Baca juga


Tips Menghias Bilik Sewa Bujang

Bilik tidur merupakan ruang peribadi untuk anda merehatkan diri dan bersantai. Hidup bujang dengan menyewa bilik sewa sempit bukanlah alasan untuk anda membiarkannya kelihatan suram dan membosankan. Sebaliknya hiaslah bilik mengikut citarasa anda. 

Tips Menghias Bilik Sewa Bujang
Tips Menghias Bilik Sewa Bujang - Sumber gambar flaremax.com
Anda masih boleh menghias ruang peribadi jika kena dengan caranya. Beberapa tips menghias bilik sewa bujang yang sempit adalah seperti berikut:

Hias bilik dengan perabot dwifungsi

Pilih perabot yang menjimatkan ruang dan wang anda. Misalnya sofa dwifungsi sesuai untuk bilik tidur bujang yang sempit. Sofa ini boleh menjadi kerusi untuk duduk bersantai pada waktu siang dan katil untuk tidur pada waktu malam. 


Hias bilik dengan perabot dengan ruang penyimpanan

Beli perabot yang mempunyai ruang penyimpanan seperti laci di bahagian bawah atau atasnya. Ruang ini boleh gunakan untuk menyimpan dokumen dan barangan kurang mustahak. Anda tidak perlu lagi membeli meja berlaci. 


Hias bilik dengan perabot pasang siap

Pilih perabot pasang siap seperti rak buku atau meja komputer yang mudah dibuka dan disimpan jika terpaksa berpindah segera. Anda juga boleh membeli kotak pasang siap yang beraneka warna yang sesuai untuk menyimpan barang dan menjadi hiasan. 


Hias bilik degan hiasan dinding yang ringkas

Bagi menghias ruang dinding yang kosong, penggunaan kertas dinding adalah kurang praktikal. Sebaliknya hiaskan dinding bilik anda dengan menggantungkan poster atau lukisan yang ringkas. 


Hias bilik dengan pemilihan warna cerah

Pilih warna cerah yang sejuk dan semulajadi bagi menampakkan ruang bilik lebih luas. Elakkan menggunakan warna gelap yang akan membuatkan ruang bilik menjadi semakin sempit dan melemaskan. 


Oleh itu, jangan jadikan alasan bilik sempit atau kurang modal untuk anda tidak menghiasnya mengikut citarasa. Yang penting adalah cara anda memilih barang dan susun atur yang sesuai, bukannya terletak pada harga murah atau mahal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.