Isnin, 10 Ogos 2015

Kesilapan Mendidik Anak Kecil

Kesilapan Mendidik Anak Kecil - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniKesilapan Mendidik Anak Kecil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Kesilapan Mendidik Anak Kecil
Link : Kesilapan Mendidik Anak Kecil

Baca juga


Kesilapan Mendidik Anak Kecil

Pendidikan awal terhadap anak-anak kecil bermula sejak dari rumah oleh ibu bapa atau penjaganya. Namun terdapat segelintir ibu bapa yang tersilap mendidik anak mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.

Kesilapan Mendidik Anak Kecil
Kesilapan Mendidik Anak Kecil - Sumber gambar sponsell.com
Beberapa kesilapan ibu bapa ketika mendidik anak mereka adalah seperti berikut:

Salah kasih sayang anak

Terdapat ibu bapa yang memberikan kasih sayang kepada anak mereka melalui material. Tanpa disedari anak-anak sebenarnya memerlukan kasih sayang dari segi belaian, perhatian dan masa bersama ibu bapa. 


Membiarkan anak memberontak

Jangan memenuhi segala keinginan anak hanya kerana tidak mahu mereka menangis atau memberontak. Bertegaslah dan terangkan kepada anak mengapa tidak boleh agar anak memahaminya. 


Terlebih layan anak

Jangan terlebih layan anak, sebaliknya berikan peluang kepada anak untuk berdikari melakukan perkara mudah seperti memakai kasut atau mengambil buku di rak. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka melakukan sesuatu kerja. 


Terlebih memberi anak hadiah

Jika sesekali memberikan hadiah kepada anak sebagai dorongan kerana mereka melakukan kebaikan adalah tidak salah. Namun jangan terlalu berlebihan memberi hadiah. Sesekali hargai juga mereka dengan cara lain seperti kata-kata pujian.


Mengabaikan disiplin anak

Disiplin harus diterapkan sejak anak masih kecil. Sebagai ibu bapa tunjukkan contoh disiplin yang baik kepada anak. Misalnya setelah bangun tidur perlu kemaskan katil, menggosok gigi dan mandi. 


Suka membandingkan anak

Terdapat segelintir ibu bapa suka membandingkan anak mereka dengan adik-beradiknya yang lain. Ketahuilah bahawa sebenarnya setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. 


Membiarkan anak terlalu bebas

Tidak salah membiarkan anak kecil bebas bermain dan meneroka kerana ianya baik untuk perkembangan otak. Namun anda harus mengawasi pergerakan mereka jika berada di tempat asing seperti membawa mereka keluar membeli belah. 


Oleh itu, masih belum terlewat untuk setiap ibu bapa memperbaiki kesilapan mendidik anak. Sebelum mendidik anak, seharusnya ibu bapa juga memperbaiki diri mereka. Jangan jadi seperti perumpamaan ‘seperti ibu ketam mengajar anak berjalan lurus’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.