Memaparkan catatan dengan label Didik Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Didik Anak. Papar semua catatan

Isnin, 10 Ogos 2015

Kesilapan Mendidik Anak Kecil

Didik Anak - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniDidik Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Kesilapan Mendidik Anak Kecil
Link : Kesilapan Mendidik Anak Kecil

Baca juga


Didik Anak

Pendidikan awal terhadap anak-anak kecil bermula sejak dari rumah oleh ibu bapa atau penjaganya. Namun terdapat segelintir ibu bapa yang tersilap mendidik anak mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.

Kesilapan Mendidik Anak Kecil
Kesilapan Mendidik Anak Kecil - Sumber gambar sponsell.com
Beberapa kesilapan ibu bapa ketika mendidik anak mereka adalah seperti berikut:

Salah kasih sayang anak

Terdapat ibu bapa yang memberikan kasih sayang kepada anak mereka melalui material. Tanpa disedari anak-anak sebenarnya memerlukan kasih sayang dari segi belaian, perhatian dan masa bersama ibu bapa. 


Membiarkan anak memberontak

Jangan memenuhi segala keinginan anak hanya kerana tidak mahu mereka menangis atau memberontak. Bertegaslah dan terangkan kepada anak mengapa tidak boleh agar anak memahaminya. 


Terlebih layan anak

Jangan terlebih layan anak, sebaliknya berikan peluang kepada anak untuk berdikari melakukan perkara mudah seperti memakai kasut atau mengambil buku di rak. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka melakukan sesuatu kerja. 


Terlebih memberi anak hadiah

Jika sesekali memberikan hadiah kepada anak sebagai dorongan kerana mereka melakukan kebaikan adalah tidak salah. Namun jangan terlalu berlebihan memberi hadiah. Sesekali hargai juga mereka dengan cara lain seperti kata-kata pujian.


Mengabaikan disiplin anak

Disiplin harus diterapkan sejak anak masih kecil. Sebagai ibu bapa tunjukkan contoh disiplin yang baik kepada anak. Misalnya setelah bangun tidur perlu kemaskan katil, menggosok gigi dan mandi. 


Suka membandingkan anak

Terdapat segelintir ibu bapa suka membandingkan anak mereka dengan adik-beradiknya yang lain. Ketahuilah bahawa sebenarnya setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. 


Membiarkan anak terlalu bebas

Tidak salah membiarkan anak kecil bebas bermain dan meneroka kerana ianya baik untuk perkembangan otak. Namun anda harus mengawasi pergerakan mereka jika berada di tempat asing seperti membawa mereka keluar membeli belah. 


Oleh itu, masih belum terlewat untuk setiap ibu bapa memperbaiki kesilapan mendidik anak. Sebelum mendidik anak, seharusnya ibu bapa juga memperbaiki diri mereka. Jangan jadi seperti perumpamaan ‘seperti ibu ketam mengajar anak berjalan lurus’.

Sabtu, 9 Mei 2015

Tips Mencegah Bayi Jatuh

Didik Anak - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniDidik Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Mencegah Bayi Jatuh
Link : Tips Mencegah Bayi Jatuh

Baca juga


Didik Anak

Setiap bayi mempunyai sifat ingin tahu dan tidak takut untuk mencuba. Ketika proses membesar pasti bayi akan mula aktif bermain. Bayi jatuh ketika bermain adalah salah satu perkara yang merisaukan setiap ibu bapa. 

Tips Mencegah Bayi Jatuh
Tips Mencegah Bayi Jatuh - Sumber Gambar fastcompany.com
Sebelum ini dibincangkan mengenai tips elak anak mencarut. Pelbagai kesan jika bayi terjatuh adalah seperti kecederaan di kepala atau pendarahan dalaman badan bayi. Beberapa tips bagi mencegah bayi terjatuh adalah seperti berikut:

Awasi bayi bagi mencegahnya jatuh

Pastikan anda atau pengasuh sentiasa mengawasi bayi ketika dia sedang bermain. Elakkan meninggalkan bayi anda bersendirian di tempat yang berisiko untuk jatuh seperti meja, katil atau kerusi. 


Letak bayi dalam babycoat bagi mencegahnya jatuh

Sekiranya anda terpaksa meninggalkan bayi anda sebentar, letakkannya di dalam babycoat yang mempunyai dinding pelindung di sekelilingnya. Dengan ini, peluang untuk bayi anda jatuh adalah tipis. 


Awasi permukaan licin bagi mencegahnya jatuh

Sentiasa mengawasi bayi anda yang sedang berlatih berjalan agar dia tidak berjalan di atas permukaan lantai yang licin. Elakkan juga bayi anda memakai stoking ketika dia mula belajar berjalan. 


Pegang erat bayi bagi mencegahnya jatuh

Jika anda mendukung bayi, pegang erat (jangan terlalu ketat) bagi mengelakkannya terjatuh. Sekiranya anda tidur bersama bayi di atas katil, letakkan bantal atau alas empuk di bawah katil. Seeloknya tidur bersama bayi anda di atas lantai sahaja. 


Pagar pelindung bagi mencegahnya jatuh

Pasangkan pagar pelindung di tangga rumah bagi mengelakkan bayi anda memanjatnya. Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat dan dikunci bagi mengelakkan bayi merangkak keluar. Jika meletakkan bayi di stroller atau car seat, pasangkan tali keselamatan di badannya. 


Oleh itu, sebaiknya amalkan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Sekiranya bayi anda terjatuh, segera bawanya berjumpa doktor untuk rawatan kecemasan. 

Khamis, 2 April 2015

Tips Elak Anak Mencarut

Didik Anak - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniDidik Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Elak Anak Mencarut
Link : Tips Elak Anak Mencarut

Baca juga


Didik Anak

Pada peringkat awal tumbesaran anak mungkin komunikasi mereka tidak dipengaruhi oleh unsur negatif seperti mencarut. Namun apabila anak semakin membesar, mereka mula terdedah kepada pengaruh luar termasuk cara berkomunikasi. 

Tips Elak Anak Mencarut
Tips Elak Anak Mencarut - Sumber gambar grist.org
Anak akan terdedah kepada mencarut jika mereka selalu mendengar perkataan mencarut dari orang di sekeliling mereka. Beberapa tips berikut boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelak anak mencarut:

Ibu bapa jadi contoh terbaik elak anak mencarut

Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak sepanjang proses tumbesaran mereka. Selalunya anak akan memerhati dan mengikuti cara ibu bapa mereka termasuklah cara berkomunikasi. 


Sebaiknya ibu bapa sentiasa menggunakan bahasa dan perkataan yang baik dan sopan ketika berkomunikasi di rumah. Elakkan menggunakan perkataan kasar seperti ‘bodoh’, ‘bangang’ dan sebagainya. 


Kawal pergaulan rakan sebaya elak anak mencarut

Pantau pergaulan anak dengan rakan-rakan sebayanya. Mungkin mereka berkawan dengan rakan yang suka bercakap kasar dan mencarut. Nasihati anak anda dan jelaskan kepadanya bahawa perkataan itu tidak sepatutnya digunakan. 


Jika anak dibiarkan tanpa pemantauan dan teguran, pasti mereka akan rasa bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu dan sudah terbiasa menggunakan bahasa kasar atau mencarut ketika berkomunikasi. 


Pantau rancangan televisyen elak anak mencarut

Ketika menonton rancangan televisyen bersama anak, perhatikan perkataan yang digunakan terutamanya bagi rancangan kartun yang dialih bahasa. Jika terdapat perkataan kasar atau mencarut seperti ‘tak guna’, ‘bodoh’ dan sebagainya, jelaskan kepada anak perkataan itu tidak sesuai digunakan dalam perbualan harian. 


Pihak berwajib juga seharusnya memainkan peranan untuk menapis dan memantau rancangan televisyen untuk kanak-kanak terutamanya rancangan kartun yang dialih bahasa supaya tidak menggunakan bahasa yang kasar atau mencarut. 


Oleh itu, didiklah anak berkomunikasi dengan sopan dan tidak mencarut sejak mereka masih kecil. Jika anda terlewat mendidik iaitu setelah mereka membesar, mungkin mereka akan memberontak. Seperti kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Isnin, 23 Mac 2015

Tips Mendidik Anak Kecil

Didik Anak - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniDidik Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Mendidik Anak Kecil
Link : Tips Mendidik Anak Kecil

Baca juga


Didik Anak

Mendidik anak dengan nilai murni perlulah dilakukan sejak mereka masih kecil. Didikan ketika kecil selalunya akan membentuk diri mereka apabila telah dewasa kelak. Seperti kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Tips Mendidik Anak Kecil
Tips Mendidik Anak Kecil - Sumber gambar littlestarsga.com
Mendidik anak kecil pasti memerlukan kesabaran kerana mereka akan banyak bertanya. Beberapa perkara asas untuk mendidik anak adalah seperti berikut:

Didik anak menjaga kebersihan diri

Latih anak anda membasuh tangannya sebelum dan selepas makan, selepas bermain, selepas ke tandas dan sebagainya. Jelaskan kepadanya kepentingan menjaga kebersihan bagi mengelakkan penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit berbahaya. 


Didik anak menggosok gigi

Didik anak untuk menggosok gigi mereka setiap kali selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Jelaskan kepada anak kepentingan kesihatan mulut yang baik dan pembiakan bakteria di gigi yang menyebabkan kerosakan gigi. 


Didik anak minum air masak

Ajar anak minum air masak berbanding air manis atau bekarbonat. Sediakan bekas minuman yang diisi air masak khas untuk anak. Selalu bertanya dan ingatkan anak anda supaya minum air masak yang disediakan jika mereka berasa dahaga. 


Didik anak makan buah dan sayur

Hadkan pengambilan makanan rapu seperti gula-gula dan keropok yang tidak baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Ajar anak anda makan snek sihat seperti buah-buahan potong dan sayur-sayuran seperti salad.


Didik anak membuang sampah

Didik anak anda membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Jelaskan kepada anak mengenai keburukan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk dan pembiakan kuman yang membahayakan kesihatan mereka. 


Didik anak kemas barang permainan

Ajar anak mengemas kembali barang permainan selepas mereka bermain. Pegang tangan anak sambil mengambil barang permainan dan masukkan ke dalam tempat simpanan barang. Jelaskan kepada anak bahawa mereka perlu menyimpan barang permainan setelah habis bermain. 


Didik anak keselamatan diri

Pesan kepada anak supaya menjaga maruah diri mereka dan tidak mengikut orang yang tidak dikenali. Jangan biarkan orang yang tidak dikenali menyentuh tubuh anak. Ajar anak menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali. 


Anak kecil perlu dinasihati dengan baik sekiranya mereka melakukan kesalahan. Oleh itu, pendidikan asas sejak anak sejak mereka masih kecil ini pasti akan menjadi kebiasaan dan amalan apabila mereka telah dewasa kelak.

Jumaat, 13 Mac 2015

Tips Bawa Anak Membeli Belah

Didik Anak - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniDidik Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Bawa Anak Membeli Belah
Link : Tips Bawa Anak Membeli Belah

Baca juga


Didik Anak

Membawa anak pergi membeli belah mengundang padah sekiranya ibu bapa terleka seketika. Tambahan pula keupayaan fizikal serta keyakinan diri kanak-kanak yang semakin meningkat membuatkan mereka berani.

Tips Bawa Anak Membeli Belah
Tips Bawa Anak Membeli Belah - Sumber gambar pixgood.com
Seharusnya anda mengamalkan tips berikut ketika membawa anak pergi membeli belah:

Hafal maklumat diri sebelum keluar membeli belah

Minta anak menghafal alamat dan nombor telefon anda. Pastikan juga anak membawa maklumat asas dirinya yang ditulis pada kertas dan diletak di begnya. Ingatkan anak menunjukkan kertas itu kepada orang yang menjumpainya jika terpisah dari anda. 


Kenali persekitaran tempat membeli belah

Ajar anak mengenali persekitaran tempat membeli belah seperti menunjukkan kaunter pertanyaan atau memperkenalkan pengawal keselamatan melalui uniform yang dipakai. Minta anak anda berjumpa pihak berkenaan jika tersesat. 


Memakai baju warna terang ketika membeli belah

Pastikan anda dan anak memakai pakaian yang bewarna terang. Pakaian yang bewarna terang memudahkan anda mencari anak anda jika mereka hilang dari pandangan mata atau berada di dalam kerumunan orang ramai yang membeli belah. 


Sebaiknya setiap ibu bapa harus peka ketika membawa anak keluar membeli belah. Oleh itu, setiap ibu bapa harus mendidik anak mereka untuk menghadapi kemungkinan sekiranya anak terpisah dari ibu bapa ketika membeli belah.

Khamis, 5 Mac 2015

Tips Memilih Pengasuh Anak

Didik Anak - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniDidik Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Memilih Pengasuh Anak
Link : Tips Memilih Pengasuh Anak

Baca juga


Didik Anak

Kebanyakan ibu pada masa kini keluar bekerja dan terpaksa meninggalkan anak mereka dengan pengasuh. Setiap ibu pasti ingin memilih pengasuh yang terbaik, jujur dan ikhlas untuk mengasuh serta menyayangi anak mereka. 

Tips Memilih Pengasuh Anak
Tips Memilih Pengasuh Anak - Sumber gambar popsugar.com
Memilih pengasuh anak yang baik adalah sesuatu yang sukar. Tambahan pula dengan tersiarnya berita kecederaan bayi yang dijaga oleh pengasuh yang tidak bertanggungjawab. Berikut adalah beberapa tips asas untuk memilih pengasuh:

Latar belakang pengasuh

Teliti latar belakang pengasuh atau taska terutamanya berkenaan pengalaman mereka menjaga kanak-kanak. Anda boleh bertanya kepada saudara atau rakan-rakan yang mengenali pengasuh atau taska itu. 

Saranan pengasuh sesuai

Minta saranan saudara atau rakan anda yang pernah menggunakan perkhidmatan pengasuh atau taska yang mereka percayai. Pasti anda akan berasa selamat jika memilih pengasuh atau taska yang pernah digunakan mereka. 

Pilih pengasuh berdasarkan kualiti

Jangan terlalu berkira untuk membayar dengan harga yang mahal bagi pengasuh yang berkualiti serta boleh dipercayai. Yang penting anak anda selesa dan selamat di bawah jagaan pengasuh atau taska berkenaan. 

Tinjauan di rumah pengasuh

Sebelum memilih pengasuh yang sesuai, lakukan tinjauan mengejut ke rumah pengasuh atau taska berkenaan. Perhatikan aspek kebersihan dan keselamatan. Pilihlah pengasuh yang pembersih bagi memastikan kesihatan anak anda terjamin. 

Memilih pengasuh yang baik adalah perlu kerana anda akan meninggalkan anak bersama mereka sepanjang anda bekerja. Oleh itu, ianya memerlukan penelitian yang sewajarnya agar anda tidak tersalah memilih.

Sabtu, 6 Disember 2014

Tips Memupuk Anak Makan Sayur

Didik Anak - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniDidik Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Memupuk Anak Makan Sayur
Link : Tips Memupuk Anak Makan Sayur

Baca juga


Didik Anak

Kebanyakan kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran dan menganggapnya sebagai musuh mereka. Pada hari ini saya akan kongsikan berkenaan tips memupuk anak makan sayur dengan cara mempelbagaikan cara memasak sayur. 

Tips Memupuk Anak Makan Sayur
Tips Memupuk Anak Makan Sayur - Sumber gambar fbmis.info
Bagimana caranya untuk membuat si kecil gemarkan sayur? Anda perlu kreatif mempelbagaikan hidangan sayur. Beberapa alternatif hidangan sayur adalah seperti berikut:

1. Tips memupuk anak makan sayur - Sup
Masak sup sayur-sayuran seperti bayam, seleri atau kubis. Campurkan dengan isi ayam, bebola ikan atau telur untuk menyedapkan sup sayur.

2. Tips memupuk anak makan sayur - Goreng
Goreng sayur-sayuran dengan menggunakan minyak yang sedikit dan goreng sekejap sahaja bagi mengekalkan khasiatnya. 

3. Tips memupuk anak makan sayur - Celur
Celur sayur-sayuran dan bolehlah dimakan dengan sos.

4. Tips memupuk anak makan sayur - Kukus
Kukus sayur sekejap sahaja bagi mengelakkannya menjadi lembik dan tidak sedap dimakan. 

5. Tips memupuk anak makan sayur - Stew
Sesekali cuba masak stew sayur-sayuran. 

6. Tips memupuk anak makan sayur - Salad
Tambahkan sedikit thousand island ke dalam sayur mentah dan sedia untuk dimakan. 

7. Tips memupuk anak makan sayur - Kek dan roti
Jika anak anda suka makan roti atau kek, anda boleh menyediakan kek atau roti berperisa sayur-sayuran seperti kek lobak merah atau roti kentang. 

8. Tips memupuk anak makan sayur - Jus
Sediakan sayur seperti jus timun atau lobak merah yang dicampur dengan yogurt atau susu.

Oleh itu, usah berputus asa untuk terus menambat hati anak anda supaya suka kepada sayur. Yang penting anda harus kreatif mempelbagaikan menu berasaskan sayur. Semoga perkongsian tips memupuk anak makan sayur ini memberi inspirasi kepada anda.