ha hari ini tok nak cerita la serba sikit tentang khasiat halia ni..nak tau lebih lanjut hangpa boleh baca dekat bawah ni no...
Nama Botani | Zingiber Officinale Ross |
Nama lain | Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand) |
Famili | Zingiberaceae |
Pengenalan | Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit. |
Khasiat dan Kegunaan | Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri |


lagi info tentang halia di SIHAT SELALU - Khasiat Halia
BalasPadampelbagai produk halia di www.spaeriesya.com
BalasPadamSelama ini saya memang tidak suka makan halia,namun demi khasiat yang tidak ternilai ,saya memaksa diri untuk mengamalkan makan halia dalam bentuk minuman.Saya minum 1 or 2 kali sehari.Tapi saya jadi khuatir kerana setelah mengamalkan tabiat itu,saya jadi tidak henti2 period,termasuk hari ini 22 hari period saya.Padahal saya telah habis period 3 hari sebelum itu.Saya jadi takut dan binggung akan kesan dari pengamalan ini.
BalasPadamsaya setuju halia memang banyak khasiatnya tetapi sebelum mengamalkan lebih baik jika buat research atau minta nasihat doktor..kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan ^^,
BalasPadambagaimana kalau halia itu diperoses yg telah di jual di market adakah di kualiti ia terjejas
BalasPadamSaya lina,
BalasPadamSaya dah 13 tahun amal minum jus halia. Tu pun seminggu sekali je, paling banyak pun 3 kali seminggu. Kalau 3 kali seminggu tu mesti lah sebab banyak makan-makanan yg berangin atau waktu datang haid. Kadang-kadang 2, 3 minggu sekali pun pernah gak.
Sekali minum dalam 8 oz. Saya guna halia yg tua dan blander dgn air tapisan, kemudian campur dgn sedikit susu pekat. Kami minum sekeluarga.
Alhamdulillah. hasil yg paling ketara selain buang angin adalah paras kolestrol. Walaupun kami dalam golongan 40an serta kami juga golongan obes tetapi kolestrol kami rendah.
Cuma kalau siapa-siapa nak amalkan minum halia ni jangan lah sampai banyak-banyak terus pd permulaannya dan kita kena minum banyak air. Badan akan rasa ringan. Kalau nak tanya apa-apa hantar emai kpd saya awiyah2u@yahoo.com
sy juga mengamalkan minum air halia pada setiap pagi, iaitu nona halia....ia dapat meringankan badan selain itu juga membantu meghilangkan angin didalam badan dan membantu memanaskan badan.
BalasPadamsaya mengalami masalah angin dlm badan yang agak teruk. saya selalu letih dan mengantuk. bagaimanakah cara utk minum jus halia? adakah is boleh diminum setiap hari?
BalasPadamhalia dapat kuruskan badan tak...?
BalasPadamsaya maria..saya juga mengamal meminum air perahan halia setiap hari tapi period saya masih juga tak keluar,,ada juga saya buat ujian kehamilan tapi negatif,,hmm,,kenapa ye??
BalasPadamsalam sy sarifah ...sy juga mngamalkan meminum air halia yg dcampur dngan teh alhamdulilla berat bdn sy mnurun n sy juga memarutnya n mletakkan pd bdn sy ....sy brsyukur kerana dngn ini pmbakaran lemak dpt d lakukan
BalasPadamBagi mereka yang ada masalah period yang tidak menentu cuba amalkan meminum jeli gamat
BalasPadamKlu ada masalah period boleh cuba pesona dr persada novababylon.lawati persada.norzaimi blog sport.
BalasPadam