Rabu, 17 Mac 2010

KHASIAT BUAH KEDONDONG

KIRI: Bayi lelaki gergasi seberat 6.15kg yang dilahirkan seorang ibu, Aisha Bee Yasin di Pekan Lama Kampung Baru, Changlun.



CHANGLUN - Percaya atau tidak, dengan mengamalkan memakan buah kedondong setiap hari sewaktu mengandung, seseorang ibu mungkin melahirkan bayi dengan berat yang luar biasa.

Itulah apa yang berlaku ke atas Aisha Bee Yasin, 35, yang melahirkan bayi seberat 6.15 kilogram (kg) kelmarin.

Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada pukul 1.15 pagi itu dipercayai antara bayi terbesar pernah dilahirkan di Malaysia.

Aisha Bee yang berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang bukan setakat menjamah sebiji buah kedondong. Setiap hari dia memakan sekilogram kedondong selain memakan dua kuntum bunga ros merah bermula daribulan kedua kehamilan.

"Saya tidak makan nasi kecuali nasi lemak. Selain kedondong dan bunga ros, saya makan roti dan minum susu. Adakalanya saya menjamah laksa atau tosai.

"Rutin saya setiap hari ialah makan kedondong dan bunga ros. Ahli keluarga lain tidak boleh sentuh buah itu, saya seorang sahaja yang makan," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Pekan Lama, Kampung Baru di sini semalam.

Aisha Bee, seorang suri rumah, memberitahu, sebelum ini sepanjang mengandung empat anaknya yang lain, dia mengidamkan timun dan lobak tetapi kali ini makanan itu langsung tidak disentuh.

Katanya, bunga ros mudah dibelinya di sekitar Changlun tetapi buah kedondong terpaksa dibeli oleh suaminya, Mohd. Ali Khan Razali, 41, di Alor Setar dan Pulau Pinang.

Tambahnya, mengikut sejarah, keluarganya tidak pernah melahirkan bayi sebesar itu kecuali anak keempatnya, Nur Hasyimah yang seberat 5kg ketika dilahirkan.

Sumber : kosmo




7 ulasan:

  1. bunga ros?? bungan ros yang kita tanam kat luar rumah tu ker??? mcm mana mkn bunga ros???

    BalasPadam
  2. Oh.. patutlah org mengandung suka kedondong..
    Sekali dia makan bunga ros lah... hi hi

    BalasPadam
  3. saya pun suka makan buah kedondong, skrang saya hamil 11 minggu, hampir tiap2 hari saya makan buah tu, tp, bukanlah sekilo, 2 biji je sehari. lps mkn tngh hari sbiji, lps makan malam sbiji...hehehe

    BalasPadam
  4. PATUTLAH BERAT BADAN SAYA NAIK MENDADAK..SAYA SUKA BLAN BUAH KEDONDONG...SEBAB POKOK KEDONDONG KAT TEPI RUMAH SAYA BERBUAH DENGAN LEBAT......

    BalasPadam
  5. Baru-baru ini saya (daripada Singapura)dikenalkan dengan jus kedondong. Saya ingin tahu khasiatnya. Di Wikipedia, ada mengatakan buah kedondong yang dimakan ibu hamil akan menjejas tumbesaran kandungan. Ini lain pula halnya. Selamat membesarkan anak anda. Allah melindungi.

    BalasPadam
  6. pasal khasiat buah kedondong tu saya tak pasti sebab saya tak makan masa mengandung, tapi khasiat bunga ros tu saya ada pengalaman. walau pun saya tak makan direct bunga ros tu, tapi hari2 saya hanya minum sirap pagi petang siang malam hinggalah sehari sebelum saya melahirkan anak saya. hasilnya anak ketiga yang baru saya lahirkan hujung tahun lepas mencecah 4.36kg.

    BalasPadam

komen jangan tak komen k!!!