Jumaat, 29 April 2011

KHASIAT KUNYIT

KHASIAT KUNYIT - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniKHASIAT KUNYIT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : KHASIAT KUNYIT
Link : KHASIAT KUNYIT

Baca juga


KHASIAT KUNYIT


http://petua-warisan-kita.blogspot.my/2010/11/khasiat-barli.html

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.

Salah satu kuasa penawar alami kunyit ialah kandungan tinggi antioksiden, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Oleh sebab curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri, dinamakan atherosclerosis, antara penyebab utama serangan jantung.

Kunyit mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’. Ia juga menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete , iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).



Cara pengambilan:
1. suplemen curcumin boleh dibeli di farmasi

2. gunakan kunyit dalam masakan harian

3. ambil kunyit sebesar ibu jari. Kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi

Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya  mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan  utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.

         Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu.

          Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan  untuk merawat bisa patukan ular tedung.

         Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.

         Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.

19 ulasan:

  1. nak tnya, minuman kunyit ini hanya untuk wanita sahaja je ke? kerana ayah sy menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. boleh ke dia minum air kunyit ini?

    BalasPadam
  2. boleh... ianya bagus untuk awet mude.. amalkan untuk orang tua.., Kunyit Campur Bawang Putih... dan masukkkan campuran tu dalam air teh campur madu.. insyallah afiat

    BalasPadam
  3. boleh.. campurkan kunyit dan Bawang putih satu ulas... amalkan setiap hari.. insyallah afiat..

    BalasPadam
  4. sy sudah mcuba air rebusan kunyit brsama halia..ia amat berkesan ketika haid dan bdn mjdi lebih segar..

    BalasPadam
  5. baik utk ktika sdg haid dan badan rasa lbh segar

    BalasPadam
  6. saya pernah lihat orang India mengamalkan minum susu panas dicampur dengan sedikit serbuk kunyit... baik untuk immune system. air kunyit ni boleh di minum oleh semua. bukan sahaja wanita.

    BalasPadam
  7. saya nak tanya haid saya kurang lancar bln lepas, bln ni saya dah lewat 2 hari..tak datang haid...saya bersalin opret thn lepas..saya takut haid tak datang.bagaimana saya nak gunakan kunyit utk lancarkan haid saya..harap bantu saya.t.kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawati fb founder letops.. Sesuai utk masalah anda..

      Padam
  8. Great beat ! I would like to apprentice while you amend your site, how could i subscribe for a blog site?
    The account aided me a acceptable deal. I had been tiny
    bit acquainted of this your broadcast offered bright clear concept

    my web page How to gain muscle

    BalasPadam
  9. Actually when someone doesn't be aware of then its up to other people that they will assist, so here it happens.

    Here is my blog reduce wrinkles

    BalasPadam
  10. I'm not sure why but this blog is loading very slow for me. Is anyone else having this problem or is it a issue on my end? I'll check back later on and see if
    the problem still exists.

    Also visit my page: Buy Veluminous

    BalasPadam
  11. My brother recommended I may like this website.
    He used to be entirely right. This publish actually made
    my day. You can not believe just how so much time I had spent for this information!

    Thanks!

    sex drive

    BalasPadam
  12. Hi, after reading this awesome paragraph i am
    also cheerful to share my knowledge here with colleagues.


    Here is my weblog ... how to build muscle

    BalasPadam
  13. boleh sesiapa bgtau tak kesan campur serbuk kunyit dgn madu untuk lelaki?

    BalasPadam
  14. tolong jangan percaya bahawa kunyit mempercepatkan menopouse....ini adalah dakyah daripada orang barat

    BalasPadam
  15. sya rebus kunyit halia n serai utk buang angin. bgi suami minum. boleh tk

    BalasPadam
  16. Saya pernah cuba kunyit untuk sembuhkan buasir saya. Dalam sebulan buasir dah hilang. Saya ambil sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Saya ambil kunyit hidup sebesar ibu jari, dibuang kulit dan ditumbuk lumat dalam lesung batu, dicampur setengah gelas air, dibiarkan dalam lesung batu sekitar setengah jam, saya tapiskan dalam gelas dan minum. Alhamdulillah buasir saya hilang. Terima kasih pada pak mertua yg bagi petua ini.

    BalasPadam
  17. tumpang tanya,ada yg bg petua minum air bawang merah, gula dan didihkan dan masukkuan 2 sudu makan swrbuk kunyit, renih hunggah tinggal separuh... minum 2 sudu makan pagi sblum sarapan dan 2 sudu mkn sebelum tidur... ini utk membersihkan paru2 dari lendir2 yg pekat juga melapangkan ruang paru2... saya telah mencuba ( saya pengudap asthma),dan saya rasa lega setelah mengamal minum utk 3 hari ini...

    BalasPadam
  18. tumpang tanya,ada yg bg petua minum air bawang merah, gula dan didihkan dan masukkuan 2 sudu makan swrbuk kunyit, renih hunggah tinggal separuh... minum 2 sudu makan pagi sblum sarapan dan 2 sudu mkn sebelum tidur... ini utk membersihkan paru2 dari lendir2 yg pekat juga melapangkan ruang paru2... saya telah mencuba ( saya pengudap asthma),dan saya rasa lega setelah mengamal minum utk 3 hari ini...

    BalasPadam

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.