Tajuk : Pencegahan Buasir
Link : Pencegahan Buasir
Pencegahan Buasir
Buasir boleh dialami oleh semua individu tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak. Pemakanan yang tidak teratur dan kurang minum air merupakan antara faktor yang menyebabkan penyakit buasir berlaku kepada seseorang.
Pencegahan Buasir - Sumber gambar myliferia.com |
Kebiasaannya buasir terjadi apabila seseorang meneran kuat sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit. Tiada cara khusus untuk mencegah buasir, namun anda disarankan seperti berikut:
Cegah buasir dengan air
Pastikan air di dalam badan anda sentiasa mencukupi dengan minum sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air setiap hari. Air yang mencukupi adalah perlu bagi memastikan najis tidak keras.
Cegah buasir dengan pemakanan seimbang
Amalkan pemakanan yang seimbang dengan mengambil lebih makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga hancur bagi memudahkan proses penghadaman makanan.
Cegah buasir dengan buang air besar
Pastikan anda buang air besar pada setiap hari. Usah bertangguh untuk ke tandas jika anda berasa hendak membuang air besar kerana kemungkinan sembelit akan berlaku apabila anda melewatkannya.
Cegah buasir dengan bersenam
Lakukan senaman secara berkala seperti berlari, berjalan laju, menari, aerobik dan berbasikal sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi sebanyak tiga kali seminggu. Senaman menggerakkan otot di bahagian dubur dan perut.
Cegah buasir dengan ‘stool softeners’ (ubat penghadaman)
‘Stool softeners’ memastikan sisa penghadaman lembap. Ia juga berfungsi untuk memudahkan sisa penghadaman melepasi usus dan dikeluarkan tanpa perlu meneran dengan kuat.
Ingatlah bahawa, ‘mencegah itu lebih baik daripada merawat’. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan senaman berkala dan pemakanan yang seimbang untuk mencegah penyakit termasuklah buasir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.