Rabu, 5 Ogos 2015

Petua Elak Rambut Berbuah

Petua Elak Rambut Berbuah - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Elak Rambut Berbuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Elak Rambut Berbuah
Link : Petua Elak Rambut Berbuah

Baca juga


Petua Elak Rambut Berbuah

Masalah rambut berbuah berlaku tanpa mengira jantina. Ianya berlaku mungkin disebabkan oleh penggunaan produk yang tidak sesuai dengan rambut anda seperti pewarna rambut, gel rambut, minyak rambut atau syampu. 

Petua Elak Rambut Berbuah
Petua Elak Rambut Berbuah - Sumber gambar wom.com
Jika bahan-bahan ini tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan tertinggal pada rambut dan kelihatan seperti biji sawi. Beberapa cara untuk mengelak rambut berbuah adalah seperti berikut:

Mencuci rambut elak rambut berbuah

Amalkan mencuci rambut anda pada setiap hari dengan menggunakan syampu yang bersesuaian. Pastikan sisa syampu dibilas dengan bersih sebelum mengeringkan rambut. 


Menggunakan minyak perapi elak rambut berbuah

Sapukan perapi rambut pada bahagian hujung rambut anda. Elakkan menyapu pada kulit kepala bagi mengelakkannya menyumbat liang rambut. 


Membuat rawatan elak rambut berbuah

Lakukan rawatan khusus untuk tekstur rambut sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali. Rawatan ini akan melicinkan rambut anda dan mengelakkannya berbuah. 


Selain itu, sentiasa amalkan pemakanan seimbang dan pastikan anda minum dua hingga tiga liter air setiap hari bagi mengelakkan rambut menjadi kering. Penjagaan kebersihan secara rutin pasti akan mengelakkan rambut berbuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.