Jumaat, 27 Mac 2015

Petua Tradisional untuk Muka

Petua Tradisional untuk Muka - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Tradisional untuk Muka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Tradisional untuk Muka
Link : Petua Tradisional untuk Muka

Baca juga


Petua Tradisional untuk Muka

Muka adalah salah satu aset beharga kepada seseorang. Penjagaan muka secara tradisional telah diamalkan sejak turun-temurun oleh generasi terdahulu terbukti berkesan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan gebu. 

Petua Tradisional untuk Muka
Petua Tradisional untuk Muka - Sumber gambar widedwalls.com
Beberapa petua tradisional untuk mencantikkan muka anda adalah seperti berikut:

Naikkan seri kulit muka

Basuh semangkuk beras dan toskan airnya. Goreng beras tanpa minyak sehingga bertukar warna kecoklatan. Tumbuk atau kisar beras menjadi serbuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Cara penggunaannya, campur sedikit serbuk beras dengan perahan limau nipis dan gosok lembut pada muka anda seperti skrub. Biarkan ia mengering dan bilas dengan air bersih. 


Tegangkan kulit muka

Sagat halus sebatang timun sehingga hancur. Campur timun dengan sedikit tepung ubi kayu dan air. Pastikan campuran tidak terlalu cair. Sapu pada muka anda dan biarkan ia mengering. Kemudian boleh dibilas dengan air bersih. 


Gebukan kulit muka 

Tumbuk halus kunyit hidup bersama sedikit beras. Kemudian gaul bersama sedikit air mawar. Sapukan rata pada kulit muka dan biarkan ia mengering. Bilas dengan air bersih. Boleh lakukan sebanyak tiga kali seminggu. 


Lembapkan kulit muka

Kisar sehingga halus beberapa kelopak kubis. Campurkan kubis kisar ini bersama satu sudu madu dan sedikit air. Sapu rata di muka anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bersihkan muka dengan menggunakan kapas lembap.


Rawat kulit muka berkedut

Sebatang lobak yang telah dibersihkan diparut sehingga hancur. Campurkan dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Gaul campuran ini dan bolehlah disapu pada kulit muka pada setiap hari. 


Rawat kulit muka kusam

Satu mangkuk beras pulut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar beras pulut dan simpan dalam bekas. Ambil tiga sudu serbuk beras pulut dan campurkan dengan satu sudu madu dan sedikit perahan lemon. Sapu rata campuran ke muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas muka dengan air suam. 


Terdapat banyak lagi petua tradisional yang lain untuk mencantikkan muka yang boleh anda amalkan. Yang penting anda menggunakan bahan alami atau semulajadi yang tentunya tidak berbahaya kepada kesihatan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.