Isnin, 9 Mac 2015

Pencegahan gastrik

Pencegahan gastrik - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPencegahan gastrik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Pencegahan gastrik
Link : Pencegahan gastrik

Baca juga


Pencegahan gastrik

Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira kanak-kanak atau orang dewasa. Antara penyebab terjadinya gastrik adalah pemakanan yang tidak teratur dan tekanan perasaan. Penghidap gastrik pasti berasa tidak selesa apabila perut sakit. 

Pencegahan gastrik
Pencegahan gastrik - Sumber gambar pixshark.com
Jika anda pernah diserang gastrik, kebarangkalian ianya berulang adalah tinggi. Sebaiknya amalkan langkah pencegahan seperti berikut:

Makan mengikut waktu

Pastikan anda makan mengikut waktu yang ditetapkan. Jika perut dibiarkan kosong, asid hidroklorik yang dirembeskan dalam perut akan menghakis perut anda yang menyebabkan terjadinya gastrik

Minum air putih

Minum air putih secukupnya bagi mengurangkan kepekatan asid hidroklorik di dalam perut anda. Elakkan minum susu dan minuman berkarbonat (mengandungi gas) kerana ianya boleh memburukkan lagi gastrik

Kurangkan makanan tinggi asid

Kurangkan makan makanan yang berasid tinggi seperti jeruk atau limau dan makanan yang terlalu pedas. Jika mengambil makanan ini, makan bersama makanan lain yang tidak berasid seperti nasi dan sayur. 

Semua langkah-langkah pencegahan seperti di atas perlulah dilakukan secara konsisten pada setiap hari. Sekiranya anda perlu mengambil ubat gastrik, dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.