Khamis, 19 Mac 2015

Petua Hilangkan Parut Jerawat

Petua Hilangkan Parut Jerawat - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Hilangkan Parut Jerawat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Hilangkan Parut Jerawat
Link : Petua Hilangkan Parut Jerawat

Baca juga


Petua Hilangkan Parut Jerawat

Parut jerawat pasti akan menyebabkan wajah kelihatan hodoh. Walaupun pelbagai krim menghilangkan parut terdapat di pasaran, anda juga boleh mencuba kaedah rawatan secara tradisional untuk menghilangkan parut jerawat.

Petua Hilangkan Parut Jerawat
Petua Hilangkan Parut Jerawat - Sumber gambar acne.org
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai petua hilangkan jerawat. Selain daripada menggunakan bahan alami, bahan-bahan ini mudah didapati. Beberapa petua menghilangkan parut jerawat adalah seperti berikut:

Madu hilangkan parut jerawat

Campurkan sedikit madu dengan bedak sejuk. Sapukan campuran berkenaan pada parut jerawat di wajah dan biarkan ianya mengering. Ulangi sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mendapat hasil memuaskan. 


Kulit kayu manis hilangkan parut jerawat

Tumbuk atau kisar kering kayu manis menjadi serbuk. Campurkan serbuk kayu manis dengan sedikit air dan tempelkan pada parut jerawat. Biarkan ia mengering di wajah buat seketika dan bilas dengan air bersih. 


Timun hilangkan parut jerawat

Kisar sebiji timun dan tapiskan airnya. Ambil hampas timun dan tampalkan pada bahagian parut jerawat. Biarkan ia mengering selama lebih kurang 30 minit dan bilas bersih dengan air suam.


Beras hilangkan parut jerawat

Rendam segenggam beras, beberapa helai daun senduduk dan cekur sehingga kembang. Giling atau tumbuk campuran sehingga lumat. Sapukan pada parut jerawat di muka dua kali seminggu.


Daun sirih hilangkan parut jerawat

Tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Tempelkan pada parut jerawat di muka. Biarkan ia kering dan kemudian bilas muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. 


Petua alami atau semulajadi untuk menghilangkan parut jerawat ini mungkin memberikan hasil yang lambat, namun jika dilakukan secara konsisten pasti anda akan memperolehi hasil yang memuaskan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.