Tajuk : Tambah Berat Badan secara Sihat
Link : Tambah Berat Badan secara Sihat
Tambah Berat Badan secara Sihat
Terdapat individu yang terlalu kurus dan ingin menambah berat badan mereka supaya unggul. Sehingga ada yang mengambil makanan tinggi lemak semata-mata ingin menambah berat badan dengan cepat.
Tambah Berat Badan secara Sihat - Sumber gambar superskinnyme.com |
Makanan tinggi lemak bukan sahaja menyebabkan penyakit berbahaya seperti sakit jantung dan darah tinggi, tetapi pengambilannya dalam jangkamasa panjang menyebabkan gangguan emosi. Seharusnya anda memahami cara betul menambah berat badan secara sihat berdasarkan pengambilan nutrien seperti berikut:
Karbohidrat untuk tambah berat badan
Ambil karbohidrat sihat seperti beras merah, roti gandum penuh dan bijirin. Makanlah secara kerap iaitu setiap empat jam sekali.
Protein untuk tambah berat badan
Pilih makanan dari sumber protein segar seperti ikan, kekacang, daging dan ayam. Hadkan memakan makanan siap proses seperti sosej atau daging burger.
Lemak untuk tambah berat badan
Pilih lemak sihat seperti omega-3 yang baik untuk jantung anda. Namun perlu makan secara sederhana dan jangan berlebihan.
Vitamin untuk tambah berat badan
Vitamin boleh didapati secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Makan sedikit makanan mengandungi vitamin, iaitu antara lima hingga enam sajian buah atau sayur pada setiap hari.
Nutrien yang mencukupi diperlukan oleh tubuh anda bagi menambah berat badan secara sihat dan semulajadi. Oleh itu, seharusnya anda mengambil makanan mengikut piramid makanan. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang positif. Anda juga boleh membaca mengenai makanan ketika sedang tertekan di dalam artikel yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.