Ahad, 29 Mac 2015

Petua Segarkan Buah dan Sayur

Petua Segarkan Buah dan Sayur - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Segarkan Buah dan Sayur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Segarkan Buah dan Sayur
Link : Petua Segarkan Buah dan Sayur

Baca juga


Petua Segarkan Buah dan Sayur

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan tubuh anda. Namun ada masanya buah dan sayur yang disimpan menjadi kurang segar untuk dimakan. 

Petua Segarkan Buah dan Sayur
Petua Segarkan Buah dan Sayur - Sumber gambar uzth.eu
Usah bimbang kerana anda boleh mengembalikan kesegaran sesetengah buah dan sayur seperti berikut:

Segarkan epal

Epal yang dipotong mudah berubah warna coklat seperti telah rosak. Rendamkan buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air sejuk yang dicampur sedikit garam. Pasti epal yang dipotong tetap segar dan tidak berubah warna.


Segarkan jagung

Jagung yang disimpan dalam plastik mungkin kurang manis apabila dimasak. Rendam jagung dalam air dingin selama sejam dan simpan dalam peti sejuk. Apabila hendak memasaknya, masak dengan api besar supaya jagung cepat masak dan rasa manisnya tidak hilang. 


Segarkan tomato

Buah tomato yang terlalu masak akan menjadi lembik dan kelihatan tidak segar. Rendamkan tomato di dalam air sejuk yang dicampur sedikit garam. Kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman. Anda akan mendapati tomato kembali segar.


Segarkan tauge

Campurkan perahan limau nipis di dalam air rendaman tauge. Simpan di dalam peti sejuk dan tauge akan segar walau disimpan lama. Namun jangan lupa untuk menukar air rendaman pada setiap hari. 


Segarkan brokoli

Brokoli yang disimpan akan berubah menjadi warna kekuningan. Untuk menyegarkannya kembali, rendam brokoli di dalam mangkuk berisi air sejuk selama sejam. Brokoli akan kembali hijau dan segar. 


Anda masih boleh menikmati buah dan sayur segar tanpa perlu membeli yang baharu. Namun perlu dipastikan buah dan sayur tidak busuk kerana nutrien di dalamnya berkurangan dan mungkin menyebabkan keracunan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.