Tajuk : Bawang Kisar Tahan Lama
Link : Bawang Kisar Tahan Lama
Bawang Kisar Tahan Lama
Memasak akan mengambil masa yang lama jika tidak diurus dengan baik. Namun jika diuruskan dengan bijak, memasak menjadi lebih cepat dan mudah. Salah satu bahan memasak utama yang diperlukan adalah bawang kisar.
Bawang Kisar Tahan Lama - Sumber gambar feedyoursoul2.com |
Bagi menjimatkan masa memasak bagi ibu bekerjaya, sediakan bawang kisar untuk stok seminggu. Namun stok bawang kisar yang disediakan ada masanya tidak tahan lama dan cepat rosak. Cara untuk bawang kisar tahan lama adalah seperti berikut:
Sediakan stok bawang kisar
Kisar bawang bersama sedikit garam dan masukkan ke dalam bekas kaca kedap udara. Ketika memasak anda tidak perlu lagi menambah garam di dalam masakan anda.
Penyimpanan bawang kisar
Kemudian simpan stok bawang kisar di dalam peti sejuk. Bawang kisar ini boleh bertahan sehingga seminggu.
Penggunaan bawang kisar
Selepas menggunakan bawang kisar untuk memasak, simpan dengan segera di dalam peti sejuk agar ianya tidak tercemar dan rosak.
Selain daripada bawang kisar, anda juga boleh mengisar stok cili kering dan halia mengikut cara yang sama seperti di atas. Oleh itu, memasak sendiri di rumah lebih menjimatkan dan terjamin kebersihannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.