Tajuk : Tips Bercuti Murah
Link : Tips Bercuti Murah
Tips Bercuti Murah
Bercuti bersama keluarga tentu memerlukan bajet yang mencukupi. Bajet yang terhad pasti membantutkan keinginan untuk bercuti. Ikuti beberapa tips bercuti murah yang akan saya kongsikan pada hari ini.
Tips Bercuti Murah - Sumber gambar info.onehourlafayettein.com |
1. Tips bercuti murah dengan membuat perancangan
Buat perancangan awal iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh percutian. Rancanglah destinasi percutian, pengangkutan dan tempat penginapan. Sediakan tabung percutian, misalnya simpan dua ratus ringgit setiap bulan (bermula awal tahun) untuk percutian pada akhir tahun.
2. Tips bercuti murah dengan memilih destinasi
Pilih destinasi yang sesuai dengan bajet anda. Misalnya, untuk menikmati panorama pantai yang indah tidak semestinya anda harus bercuti di Krabi Thailand, sebaliknya pilihlah tempat percutian di Malaysia seperti Pulau Perhentian.
3. Tips bercuti murah dengan memilih masa sesuai
Buatlah tempahan awal bagi mendapatkan harga yang lebih murah. Seeloknya elakkan bercuti ketika musim perayaan atau cuti sekolah kerana kebiasaannya pada waktu ini harga hotel agak mahal berbanding hari biasa.
4. Tips bercuti murah dengan memilih tempat penginapan
Tempahlah tempat penginapan berdasarkan bilangan ahli keluarga yang akan mengikuti percutian. Jika tidak ramai, cukuplah sekadar menginap di hotel. Namun jika keluarga besar, seeloknya tempahlah apartment.

5. Tips bercuti murah untuk makanan
Seeloknya pilihlah apartment yang menyediakan dapur untuk memasak. Anda boleh menjimatkan bajet untuk makanan dengan memasak sendiri. Jika menginap di hotel, bawalah makanan dan minuman ringan sendiri kerana harga makanan di hotel selalunya lebih mahal.

6. Tips bercuti murah dengan melakukan aktiviti
Pilih aktiviti yang bermanfaat dan tidak berbahaya untuk dilakukan bersama-sama oleh semua ahli keluarga. Pantau keselamatan setiap ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak.
7. Tips bercuti murah ketika membeli cenderahati
Pilih buah tangan yang benar-benar unik dengan harga yang berpatutan. Seeloknya pilih barangan yang tiada di tempat kita untuk dijadikan sebagai cenderahati.

Oleh itu, rancanglah percutian anda lebih awal supaya ianya berjalan lancar. Jadikan percutian anda sekelaurga sebagai salah satu kenangan terindah untuk diingati. Diharapkan perkongsian tips bercuti murah ini bermanfaat untuk anda semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.