Tajuk : Khasiat Coklat Hitam
Link : Khasiat Coklat Hitam
Khasiat Coklat Hitam
Coklat adalah salah satu snek yang digemari oleh semua lapisan umur, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Tahukah anda mengenai khasiat coklat hitam? Pada hari ini saya akan kongsikan beberapa khasiat coklat hitam.
Khasiat Coklat Hitam - Sumber gambar myisfahan.com |
Kini terdapat pelbagai produk berasaskan coklat dijual di pasaran. Beberapa khasiat coklat hitam kepada kesihatan adalah seperti berikut:
1. Khasiat coklat hitam mencegah penyakit darah tinggi dan jantung
Pengambilan coklat hitam dalam kuantiti yang kecil sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu boleh merendahkan tekanan darah. Ia juga boleh meningkatkan aliran darah dan menghalang pembekuan darah serta pengerasan arteri.
2. Khasiat coklat hitam untuk otak
Coklat hitam baik untuk otak anda kerana ia mengandungi phenylethylamine (PEA), iaitu sama seperti kimia yang dihasilkan oleh otak ketika jatuh cinta. PEA menggalakkan otak menghasilkan endorphin yang membuatkan rasa gembira.
3. Khasiat coklat hitam untuk mengawal gula darah
Coklat hitam dapat mengawal gula dalam darah serta melindungi dari penyakit diabetes. Kandungan flavanoid di dalamnya membantu meningkatkan pengeluaran insulin badan secara semulajadi.
4. Khasiat coklat hitam sebagai antioksida
Coklat hitam mengandungi antioksida yang melindungi tubuh dari radikal bebas. Kandungan antioksida di dalam coklat hitam boleh melambatkan proses penuaan dan melindungi anda dari kanser.
5. Khasiat coklat hitam untuk mengurangkan kaviti gigi
Coklat hitam tidak seperti gula-gula lain yang merosakkan gigi. Berbanding gula-gula lain, ia mengurangkan risiko kaviti dengan syarat anda mengamalkan kebersihan gigi yang baik.
6. Khasiat coklat hitam untuk mencegah penyakit kardiovaskular
Coklat hitam mengandungi beberapa mineral seperti kalium, copper, magnesium dan besi. Copper dan kalium berfungsi untuk mencegah penyakit kardiovaskular dan strok.
7. Khasiat coklat hitam untuk mencegah anemia
Coklat hitam juga mengandungi zat besi yang dapat mencegah anemia (kekurangan darah).
Oleh itu, semoga perkongsian berkenaan khasiat coklat hitam ini bermanfaat untuk menambah informasi anda. Usah ragu-ragu untuk memakan coklat hitam pada setiap hari kerana tentu banyak khasiat yang anda perolehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.