Tajuk : Tips Kurangkan Lemak dalam Masakan
Link : Tips Kurangkan Lemak dalam Masakan
Tips Kurangkan Lemak dalam Masakan
Sebelum ini saya pernah kongsikan kelebihan memasak sendiri. Kaedah penyediaan makanan adalah aspek penting di dalam penjagaan kesihatan. Kali ini saya akan kongsikan tips kurangkan lemak dalam masakan.
Tips Kurangkan Lemak dalam Masakan - Sumber gambar whytoread.com |
Penyediaan makanan sepatutnya mengurangkan kandungan lemak dalam makanan. Beberapa tips kurangkan lemak dalam masakan adalah seperti berikut:
1. Tips kurangkan lemak dalam masakan – Penggunaan minyak dan lemak
Kurangkan penggunaan minyak dan lemak semasa memasak. Contohnya ketika menumis sayur gunakan minyak yang sedikit sahaja.
2. Tips kurangkan lemak dalam masakan – Buang lemak
Buang lemak beku dari sup/ masakan.
3. Tips kurangkan lemak dalammasakan – Ubahsuai resipi
Ubah suai resipi asal yang menggunakan santan dan kerisik dalam rendang dengan mengurangkan atau mengelakkan penggunaannya. Kurangkan mentega, majerin dan mayonis dalam sandwich, sebaliknya lebihkan timun, tomato dan salad.
4. Tips kurangkan lemak dalam masakan – Gantikan bahan lebih sihat
Kurangkan penggunaan gula, garam dan MSG. Sebaliknya gantikan dengan herba dan rempah. Kurangkan daging dengan menggantikannya dengan ikan dan menambah banyak sayur-sayuran.
5. Tips kurangkan lemak dalam masakan – Ubah kaedah memasak
Ubah cara memasak dengan mengelakkan kaedah menggoreng. Gantikan dengan kaedah seperti merebus, mengukus, memanggang atau membakar.
Oleh itu, semoga perkongsian tips kurangkan lemak dalam masakan ini memberikan informasi kepada anda untuk memilih kaedah penyediaan makanan yang lebih sihat bagi mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.
Tq share tips beguna utk newbies kt dapur cam kite ni ��
BalasPadam