Khamis, 18 Disember 2014

Tips Hilangkan Kesedihan di Hati

Tips Hilangkan Kesedihan di Hati - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniTips Hilangkan Kesedihan di Hati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Hilangkan Kesedihan di Hati
Link : Tips Hilangkan Kesedihan di Hati

Baca juga


Tips Hilangkan Kesedihan di Hati

Setiap insan tidak terlepas dari mengalami kesedihan. Anda mungkin bersedih kerana kehilangan sesuatu atau teringatkan seseorang atau pelbagai sebab lain. Kali ini saya akan kongsikan tips hilangkan kesedihan di hati

Tips Hilangkan Kesedihan di Hati
Tips Hilangkan Kesedihan di Hati - Sumber gambar imgkid.com
Setiap orang pasti ada cara yang tersendiri untuk mengatasi kesedihan di hati. Beberapa tips hilangkan kesedihan di hati adalah seperti berikut:

1. Tips hilangkan kesedihan di hati – Berwuduk
Kadangkala syaitan sengaja membuatkan kita bersedih dengan mengingati peristiwa lepas. Berwuduklah kerana syaitan diperbuat daripada api dan ia pasti akan musnah oleh air wuduk.

2. Tips hilangkan kesedihan di hati – Dekatkan diri dengan Allah SWT
Peruntukkan waktu untuk melakukan solat sunat (Taubat, Hajat, Tahajud) dan berdoalah memohon kekuatan untuk terus menghadapi dugaan. Perbanyakkan zikir dan membaca al-Quran untuk ketenangan hati. 

3. Tips hilangkan kesedihan di hati – Muhasabah diri
Bermuhasabah diri dengan melihat kekurangan diri dan cuba perbaiki kelemahan itu. Bersyukurlah kerana andamasih diberikan peluang untuk bertaubat dan berusaha berubah menjadi lebih baik. 

4. Tips hilangkan kesedihan di hati – Senaman minda positif 
Pejam mata anda dan tarik nafas dalam-dalam sambil menggenggam tangan seperti penumbuk dengan kiraan 5 saat. Tahan nafas 5 saat dan lepaskan nafas dalam kiraan 5 saat juga (ketika melepaskan nafas bayangkan semua kesedihan juga dilepaskan pergi). 

5. Tips hilangkan kesedihan di hati – Banyakkan minum air kosong
Minum air kosong sambil berselawat ke atas Rasulullah SAW. Air kosong baik untuk menjana oksigen yang mencukupi untuk otak dan tubuh kita. Air kosong juga bermanfaat untuk menghilangkan kelesuan. 

6. Tips hilangkan kesedihan di hati – Melakukan hobi yang disukai
Lakukan aktiviti atau hobi yang anda suka seperti membaca, menyanyi, memasak, memancing dan banyak lagi. Pastikan aktiviti atau hobi itu adalh positif dan memberi manfaat kepada anda dan orang lain. 

7. Tips hilangkan kesedihan di hati – Bersangka baik dengan Allah SWT
Bersangka baik dengan Allah SWT. Yakinlah bahawa setiap dugaan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Kerana Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya pada masa kini dan akan datang. 

Oleh itu, ingatlah bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Usah terlalu melayan perasaan sedih kerana ia boleh merosakkan diri anda. Semoga perkongsian tips hilangkan kesedihan di hati ini bermanfaaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.