Ahad, 14 Disember 2014

Petua Sihat dengan Berbasikal

Petua Sihat dengan Berbasikal - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Sihat dengan Berbasikal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Sihat dengan Berbasikal
Link : Petua Sihat dengan Berbasikal

Baca juga


Petua Sihat dengan Berbasikal

Cara pemakanan dan gaya hidup pada masa kini menyumbangkan kepada pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, darah tinggi dan sakit jantung. Kali ini saya akan kongsikan petua sihat dengan berbasikal

Petua Sihat dengan Berbasikal
Petua Sihat dengan Berbasikal - Sumber gambar backexperts.co.uk
Dengan hanya modal yang murah anda dapat memiliki kesihatan yang baik. Beberapa petua sihat dengan berbasikal adalah seperti berikut:

1. Petua sihat dengan berbasikal - Kuatkan sistem imun
Sistem imun berfungsi melindungi tubuh dari jangkitan penyakit. Kajian menunjukkan berbasikal dapat menguatkan sistem imun badan seseorang. 

2. Petua sihat dengan berbasikal – Kuatkan otot dan tulang
Semua otot badan digerakkan ketika berbasikal. Otot bahu serta lengan menyokong hadapan badan, otot abdomen serta belakang menstabilkan badan dan otot kaki untuk mengayuh. Pergerakan otot-otot ini menguatkan sistem otot dan fungsinya. Masalah sakit belakang juga dapat dikurangkan. 

3. Petua sihat dengan berbasikal - Kurangkan tekanan
Berbasikal membuatkan kita berasa santai. Anda akan menyedut udara segar ketika mengayuh basikal dan ini membuatkan badan berasa segar sekaligus dapat mengurangkan tekanan. 

4. Petua sihat dengan berbasikal - Cegah penyakit jantung 
Amalan berbasikal secara sederhana pada setiap hari dapat mengurangkan risiko terhadap serangan jantung, penyakit darah tinggi dan serangan strok. 

5. Petua sihat dengan berbasikal - Kurangkan berat badan 
Selain daripada mencergaskan badan, berbasikal juga dapat mengurangkan berat badan anda. Di samping itu juga, berbasikal dapat mengurangkan kelesuan dan dapat meningkatkan stamina badan. 

Oleh itu, luangkan masa hanya selama 20-30 minit pada setiap hari untuk mengayuh basikal di sekitar kawasan rumah anda. Semoga perkongsian petua sihat dengan berbasikal ini bermanfaat untuk anda amalkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.