Sabtu, 27 Disember 2014

Petua Melembutkan Tangan

Petua Melembutkan Tangan - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Melembutkan Tangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Melembutkan Tangan
Link : Petua Melembutkan Tangan

Baca juga


Petua Melembutkan Tangan

Setiap hari kita akan menggunakan tangan untuk melakukan tugas seharian. Kali ini saya akan berkongsi petua melembutkan tangan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi atau alami di rumah anda. 

Petua Melembutkan Tangan
Petua Melembutkan Tangan - Sumber gambar nancygeary.com
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai petua merawat bibir kering. Memiliki tangan yang lembut pasti menjadi idaman setiap wanita. Beberapa petua melembutkan tangan yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:

1. Petua melembutkan tangan dengan minyak zaitun
Dua sudu besar minyak zaitun dicampurkan dengan tiga sudu besar garam laut. Gosokkan adunan di tangan anda dan biarkan mengering selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. 

2. Petua melembutkan tangan dengan minyak kelapa dara
Sapukan sedikit minyak kelapa dara di tangan anda dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

3. Petua melembutkan tangan dengan pisang masak
Lenyek sebiji pisang masak dengan sedikit mentega. Sapukan pada tangan anda dan biarkan ia mengering. Kemudian bilas dengan air bersih.

4. Petua melembutkan tangan dengan oat
Bancuh dua sudu besar oat dengan sedikit air sehingga pekat. Tambahkan dua sudu besar minyak zaitun dan dua sudu besar perahan lemon. Gosokkan adunan pada tangan dan biarkan mengering selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. 

5. Petua melembutkan tangan dengan tepung jagung
Bancuh enam sudu besar tepung jagung dengan air suam. Rendamkan tangan anda ke dalam adunan selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. 

Selain daripada menggunakan petua melembutkan tangan seperti di atas, anda juga boleh menggunakan losyen atau membuat rawatan di spa. Oleh itu, semoga perkongsian pada kali ini boleh anda cuba praktikkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.