Tajuk : Petua Solekan Asas
Link : Petua Solekan Asas
Petua Solekan Asas
Solekan adalah penting untuk menampakkan wajah yang segar dan berseri. Namun ada masanya solekan tidak menjadi dan mungkin wajah akan kelihatan lebih buruk selepas bersolek. Kali ini saya akan kongsikan petua solekan asas.
Petua Solekan Asas - Sumber gambar kirara-shop.com |
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai tips menentukan jangka hayat produk kosmetik. Pemilihan produk yang bersesuaian dengan kulit anda adalah penting. Beberapa petua solekan asas adalah seperti berikut:
1. Petua solekan asas pemilihan bedak asas
Tidak semestinya bedak asas bewarna cerah sesuai untuk anda yang berkulit cerah dan sebaliknya. Anda boleh mencuba sapukan sedikit bedak asas di rahang pipi, jika ia meresap ke kulit bermakna ia sesuai dengan tona kulit anda.
2. Petua solekan asas pemilihan bedak padat
Pilih bedak padat yang warnanya satu tona lebih gelap berbanding warna kulit anda. Ini bagi mengelakkan wajah anda kelihatan bercapuk dan kusam. Jika anda berkulit cerah, boleh gunakan BB Cream sebelum menyapu bedak padat atau bedak debu.
3. Petua solekan asas pemilihan gincu
Bagi anda yang berkulit cerah sesuai mengenakan gincu bewarna nude seperti peach atau merah jambu, elakkan warna coklat. Kepada individu yang berkulit gelap sesuai mengenakan gincu bewarna plum, merah atau coklat karamel.
4. Petua solekan asas pemilihan pemerah pipi
Individu berkulit cerah sesuai mengenakan pemerah pipi bewarna merah jambu. Manakala individu berkulit gelap pula sesuai memakai pemerah pipi bewarna peach atau oren.
5. Petua solekan asas pemilihan pembayang mata
Jika anda berkulit cerah, anda bebas mengenakan sebarang warna pembayang mata. Namun, bagi mereka yang berkulit gelap sesuai mengenakan warna coklat keemasan.
Setiap wajah individu tentunya berbeza iaitu ada yang sesuai bersolek tebal dan ada yang sesuai dengan solekan yang nipis sahaja. Oleh itu, diharapkan perkongsian berkenaan petua solekan asas ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.