Tajuk : Makanan untuk Tidur Lena
Link : Makanan untuk Tidur Lena
Makanan untuk Tidur Lena
Masalah sukar tidur malam pasti mengganggu kehidupan. Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan dapat menenangkan otot serta fikiran dan mengaktifkan hormon melatonin serta serotin untuk membantu tidur yang lena.
Makanan untuk Tidur Lena - Sumber gambar scitechdaily.com |
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tips dapatkan tidur berkualiti di dalam artikel yang lalu. Beberapa jenis makanan yang boleh diambil untuk mendapatkan tidur yang lena adalah seperti berikut:
Pisang mengandungi potassium dan magnesium yang baik untuk membantu anda tidur lena. Pengambilan pisang sebelum tidur membantu menenangkan otak anda kerana kandungan triptofan di dalamnya ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon melatonin dan serotin.
Tidur lena dengan teh
Teh Chamomile dapat menurunkan tekanan fizikal dan mental sekaligus memberikan ketenangan kepada seseorang. Teh hijau pula mengandungi Theanine yang membantu seseorang untuk tidur dengan lena.
Tidur lena dengan madu
Tambahkan sedikit madu ke dalam minuman susu atau teh anda. Madu akan memberitahu otak anda supaya mengurangkan kerja dan seterusnya membantu anda untuk tidur dengan lebih lena serta selesa.
Tidur lena dengan badam
Kandungan magnesium di dalam badam merehatkan otot-otot badan sekaligus membantu anda tidur lena. Badam juga mengandungi protein yang dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah ketika tidur.
Seeloknya ambil makanan-makanan seperti di atas dua jam sebelum anda masuk tidur. Selain daripada faktor pemakanan, pastikan juga tempat tidur anda dikemas dan dibersihkan pada setiap hari agar anda berasa selesa untuk tidur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.