Sabtu, 25 Julai 2015

Petua Mewangikan Ketuhar

Petua Mewangikan Ketuhar - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Mewangikan Ketuhar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Mewangikan Ketuhar
Link : Petua Mewangikan Ketuhar

Baca juga


Petua Mewangikan Ketuhar

Ketuhar gelombang mikro yang digunakan berulangkali pasti akan menyebabkan bau busuk. Apatah lagi ketuhar digunakan untuk memanaskan pelbagai jenis makanan dan lauk mungkin menyebabkan bahagian dalam ketuhar menjadi kotor. 

Petua Mewangikan Ketuhar
Petua Mewangikan Ketuhar - Sumber gambar getsmellout.com
Usah bimbang kerana hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur, anda mampu untuk menyingkirkan bau busuk dan mewangikan kembali ketuhar dengan tiga langkah mudah seperti berikut:

Menghilangkan bau ketuhar 

Masukkan tiga sudu besar serbuk penaik ke dalam mangkuk plastik kecil (guna mangkuk plastik tahan panas) berisi air. Kemudian panaskan mangkuk di dalam ketuhar selama tiga minit. Pasti bau ketuhar akan hilang.


Membersihkan kotoran ketuhar 

Air serbuk penaik tadi jangan terus dibuang. Gunakan air ini untuk membersihkan bahagian dalam ketuhar yang kotor. Gunakan tuala kecil dan celup dengan air serbuk penaik. Lap kotoran perlahan-lahan sehingga kotoran hilang. 


Mewangikan ketuhar

Masukkan tiga sudu besar esen vanila ke dalam mangkuk plastik kecil berisi air. Panaskan mangkuk di dalam ketuhar selama tiga minit. Keluarkan mangkuk dan pasti ketuhar akan berbau wangi seperti bau vanila. 


Oleh itu, anda boleh mencuba petua untuk mewangikan ketuhar seperti di atas. Selain menjimatkan, bahan yang digunakan juga selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia. Anda juga boleh membaca petua menghilangkan bau peti sejuk di dalam artikel yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.