Tajuk : Tips Memilih Aromaterapi
Link : Tips Memilih Aromaterapi
Aromaterapi telah mula digunakan sejak zaman dahulu. Aromaterapi mampu meningkatkan kesihatan tubuh di samping mempengaruhi emosi seseorang. Kini pelbagai jenis aromaterapi terdapat di pasaran. Tips memilih aromaterapi adalah berdasarkan kepada keadaan seseorang.
Tips Memilih Aromaterapi - Sumber gambar icare4autism.org |
Sebelum ini dikongsikan berkenaan aura bunga mengikut warna di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips memilih aromaterapi yang sesuai dengan keadaan adalah seperti berikut:
1. Tips memilih aromaterapi untuk meningkatkan penumpuan
Rosemary mampu meningkatkan penumpuan minda. Menurut kajian oleh International Journal of Neuroscience, responden menunjukkan penumpuan yang lebih baik selepas menghidu haruman Rosemary.
2. Tips memilih aromaterapi untuk mengawal nafsu makan
Aromaterapi Vanila mampu mengawal nafsu makan makanan manis. Menurut Hospital St. George, London, haruman Vanila merangsang fungsi hormon serotonin (menghilangkan keinginan makan makanan manis).
3. Tips memilih aromaterapi ketika sedang tertekan
Bagi individu yang mengalami tekanan, pilihlah aromaterapi Lavender. Menurut jurnal Psychiatry Research, dengan menghidu Lavender selama lima minit mampu menurunkan tahap hormon kortisol (hormon yang terhasil semasa tertekan).
4. Tips memilih aromaterapi ketika demam selesema
Aroma Eucalyptus boleh mengubati sakit demam selesema. Kandungan eucalyptol di dalam aromaterapi ini membantu pesakit mengeluarkan hingus dan kahak mereka.
5. Tips memilih aromaterapi ketika pra mentsruasi
Aromaterapi German chamomile dapat meredakan senak perut dan sindrom pra mentsruasi yang dialami oleh wanita. Haruman ini bermanfaat sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot di sekitar rahim.
Semoga perkongsian tips memilih aromaterapi ini bermanfaat sebagai rujukan asas anda memilih haruman aromaterapi yang sesuai dengan keadaan diri anda. Di dalam artikel yang akan datang akan dikongsikan mengenai cara menggunakan aromaterapi.