Tajuk : Petua Asas Kecantikan
Link : Petua Asas Kecantikan
Setiap manusia telah dilahirkan cantik. Menjadi tugas kita untuk memelihara dan menjaga kecantikan yang dikurniakan dengan cara yang betul agar ianya berkekalan. Kali ini dikongsikan berkenaan petua asas kecantikan.
Petua Asas Kecantikan - Sumber gambar thesevencollection.com |
Sebelum ini dikongsikan berkenaan tips awet muda. Beberapa petua asas kecantikan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
1. Petua asas kecantikan - Penjagaan kulit
Pilih produk penjagaan kulit mengikut kesesuaian kulit. Seeloknya pilih produk yang menggunakan bahan semulajadi atau alami. Amalkan penjagaan harian kulit secara teratur iaitu membersih, menyegar dan melembap.
2. Petua asas kecantikan - Pemakanan seimbang
Amalkan pemakanan seimbang dengan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Memasak dengan cara yang sihat seperti merebus, mengukus atau membakar agar nutrien di dalam makanan kekal.
3. Petua asas kecantikan - Minum air
Minum air secukupnya bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Seeloknya minum air melebihi lapan gelas setiap hari. Jika air tidak mencukupi dalam tubuh, kulit akan menjadi kering dan cepat berkedut serta kelihatan tua berbanding usia sebenar.
4. Petua asas kecantikan - Bergerak aktif
Bersenamlah secara teratur sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi sebanyak tiga kali seminggu. Senaman yang boleh dilakukan seperti berlari, menaiki tangga atau berjalan laju. Boleh juga membaca kelebihan bersenam.
5. Petua asas kecantikan - Bersolek
Pilih alat solek yang kurang menggunakan bahan kimia. Pakai BB Cream ketika keuar rumah bagi melindungi wajah. Bersoleklah secara sederhana bagi menampakkan wajah yang cantik semulajadi. Boleh juga membaca petua solekan asas.
6. Petua asas kecantikan - Menjaga kebersihan
Jaga kebersihan diri anda dengan mandi dan gosok gigi secara rutin. Berpakaian kemas agar diri tampil lebih berkeyakinan. Pilihlah pakaian yang sesuai serta selesa dengan tubuh anda dan tidak terlalu menjolok mata.
7. Petua asas kecantikan - Kecantikan dalaman
Kecantikan dalaman juga penting kerana ianya melambangkan keperibadian diri. Elakkan perasaan negatif seperti marah, sakit hati atau dengki, sebaliknya sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Boleh juga membaca tips hargai kecantikan dalaman diri.
Diharap perkongsian petua asas kecantikan pada kali ini bermanfaat untuk diamalkan. Ingatlah bahawa setiap individu berhak untuk cantik dan ianya perlu disertai dengan usaha yang berterusan tanpa pernah rasa jemu.