Sabtu, 30 Mei 2015

Rawatan Kaki di Rumah

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Rawatan Kaki di Rumah
Link : Rawatan Kaki di Rumah

Baca juga


Penjagaan kaki sering dianggap kurang penting berbanding dengan penjagaan kulit wajah dan badan. Kurang penjagaan akan menyebabkan kaki menjadi kasar dan kering yang seterusnya akan menjejaskan penampilan seseorang. 

Rawatan Kaki di Rumah
Rawatan Kaki di Rumah - Sumber gambar themoonvilla.com
Tanpa mengeluarkan belanja yang besar anda masih boleh melakukan sendiri rawatan untuk kaki di rumah. Beberapa langkah asas untuk merawat kaki di rumah adalah seperti berikut:

Membuang toksin di kaki


Rendamkan kaki anda selama 15 minit di dalam air suam yang dicampur dengan dua sudu garam bukit bagi membuang toksin dan menghilangkan kotoran di kaki anda. Tambahkan minyak aromaterapi untuk bau yang harum. 


Merapikan kuku kaki


Potong kuku kaki anda agar ianya kelihatan rapi dan bersih. Kuku yang pendek juga penting bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman. Asah kuku kaki dengan menggunakan pengasah khas untuk kuku bagi merapikannya. 


Menanggalkan kulit mati di kaki


Gosok kaki anda menggunakan berus yang dikhususkan untuk menggosok kaki. Gosok bermula dari pergelangan kaki, tapak kaki dan di celah jari kaki. Ini akan menanggalkan sel kulit mati. Anda juga boleh menggunakan batu sungai. 


Mencerahkan kulit kaki


Ambil hirisan lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada kaki. Lemon sangat bermanfaat untuk mencerahkan kulit kaki di samping dapat mengharumkan kaki anda. Kemudian bilas kaki dengan air bersih dan lap dengan tuala kering. 


Melembapkan kulit kaki


Sapukan sedikit minyak zaitun pada kaki untuk melembapkannya. Atau anda juga boleh menggunakan losyen yang sesuai untuk kaki. Urut kaki perlahan-lahan supaya minyak atau losyen tersebut meresap ke kulit. 


Oleh itu, gunakan waktu hujung minggu anda untuk membuat rawatan kaki di rumah. Anda juga boleh melakukan rawatan kaki ini secara santai sambil menonton rancangan kegemaran anda di televisyen. 

Nota: Elakkan membersihkan kaki dengan sabun kerana ia akan mengeringkan kulit.

Ahad, 17 Mei 2015

Contoh Resume

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Contoh Resume
Link : Contoh Resume

Baca juga





ROZAN RAZAK
No. 21, Taman Mulia,
51600 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Tel: 03-95449977
Email: rozan_razak@yahoo.com.my
                                                    

OBJEKTIF KERJAYA
Berkhidmat di agensi tuan dengan menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada serta memberi peluang kepada perkembangan profesional dan potensi diri saya.

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir
:
21 Disember 1986
No. Kad Pengenalan
:
861221 – 14 – 5755
Jantina
:
Lelaki
Status Perkahwinan
:
Belum Berkahwin
Kesihatan
:
Baik
Berat/Tinggi
:
65kg/165cm
Kemahiran bahasa
:
Bahasa Melayu/Inggeris/Arab
Lesen memandu
:
B2, D

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
Ijazah Sarjana Muda Pertanian  - CGPA 3.8
2009-2012
Universiti Putra Malaysia
Diploma Pertanian  - CGPA 3.75
2006-2009
Sekolah Menengah Seri Mulia (SPM) : 8A, 1B
2001-2005

PENGALAMAN KERJA
Jabatan Pertanian Malaysia
Pegawai Pertanian (Kontrak)
Jun 2013 – kini
Tugasan:
  • Merancang dan memantau projek pertanian. 
  • Mengumpul, menganalisis dan mempersembahkan maklumat serta menyediakan laporan projek pertanian. 
  • Mengemaskini sistem dalaman mengenai kemajuan dan pencapaian projek pertanian. 
  • Menyemak Pelan Perniagaan dari syarikat baru yang memohon insentif pertanian.



AKTIVITI-AKTIVITI
-        Persatuan Bahasa Inggeris Sekolah
:
Naib Setiausaha
-        Kelab Badminton Sekolah
:
Ahli biasa
-        Persatuan Kenu Universiti
:
Ahli biasa
-        Kelab Rakan Muda Universiti
:
Ahli biasa



KEMAHIRAN
  • Menulis minit mesyuarat 
  • Menyediakan laporan untuk mesyuarat


JANGKAAN GAJI
RM1,400.00-RM1,700.00 (boleh dirunding)

RUJUKAN
En. Haris bin Zam 
Pegawai Pertanian 
No. Telefon : 03-8870 4000 
Emel: haris@yahoo.com.my

Pn. Nurul binti Karim 
Pegawai Pertanian 
No. Telefon : 03-8870 4000 
Emel: nurul@yahoo.com