Khamis, 10 September 2015

Tips Kembalikan Semangat Kerja

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Kembalikan Semangat Kerja
Link : Tips Kembalikan Semangat Kerja

Baca juga


Semangat adalah penting kepada setiap pekerja bagi memastikan mereka melaksanakan kerja dengan baik dan secara tidak langsung menghasilkan pekerja yang produktif serta mahir. Namun ada masanya semangat kerja akan pudar atau hilang. 

Tips Kembalikan Semangat Kerja
Tips Kembalikan Semangat Kerja
Masalah ini mungkin berpunca dari diri sendiri atau keadaan persekitaran. Beberapa tips untuk kembalikan semangat kerja adalah seperti berikut: 

Kembalikan semangat kerja dengan tetapkan matlamat

Jika tiada matlamat yang jelas, pasti anda akan cepat berasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan dan seterusnya menyebabkan hilang semangat untuk bekerja. Pastikan anda fokus kepada matlamat dan menganggap kerja adalah ibadah yang diamanahkan kepada anda. 


Kembalikan semangat kerja dengan pupuk minat

Ramai orang yang mendapat pekerjaan bukan dalam bidang yang diminatinya. Sebaiknya kenali pekerjaan anda dengan cara mengumpulkan maklumat dan memupuk minat terhadap pekerjaan itu. Kata orang, ‘tak kenal maka tak cinta’. 


Kembalikan semangat kerja dengan bersyukur

Ingatkan diri supaya sentiasa bersyukur dengan pekerjaan yang anda dapat. Bayangkan masih ramai graduan di luar sana yang mencari-cari kerja. Pasti anda akan merasakan betapa bertuahnya diri anda kerana berjaya memiliki pekerjaan.


Kembalikan semangat kerja dengan memperbaiki diri

Semangat kerja mungkin hilang kerana kurang keyakinan diri atau tidak cekap bekerja. Perbaiki diri dengan cara menghadiri bengkel kemahiran, membaca buku motivasi atau berhubung dengan rakan sepejabat yang boleh memberikan galakan kepada anda.


Kembalikan semangat kerja dengan meluaskan pergaulan

Luaskan pergaulan anda dengan semua rakan sekerja yang lain bagi melancarkan pelaksanaan kerja. Bekerja secara berkumpulan pasti memberikan semangat yang tinggi kepada seseorang. Usah menjadi ‘kera sumbang’. 


Kembalikan semangat kerja dengan merancang kerja

Rancang kerja secara teratur dengan melaksanakan tugasan mengikut kepentingan bagi mengelakkan anda berasa tertekan atau bosan. Siapkan kerja mengikut waktu yang ditetapkan, pasti anda akan merasakan kepuasan di dalam bekerja. 


Kembalikan semangat kerja dengan berfikir dan bertindak positif

Persekitaran kerja yang kurang motivasi seperti rakan sekerja yang malas dan ketua yang suka memberi arahan membabi-buta juga melemahkan semangat. Anda mungkin tidak mampu mengubah orang lain, tetapi anda mampu mengatasinya dengan cara berusaha bekerja dengan baik. 


Oleh itu, jangan jadikan kelemahan diri dan persekitaran sebagai alasan untuk anda hilang semangat untuk bekerja. Namun jika anda masih merasa hilang semangat walaupun telah mengikuti tips di atas, mungkin sudah tiba masanya anda mencari pekerjaan lain. 

Sabtu, 5 September 2015

Tips Mengekalkan Haruman Minyak Wangi

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Mengekalkan Haruman Minyak Wangi
Link : Tips Mengekalkan Haruman Minyak Wangi

Baca juga


Penggunaan minyak wangi bukan sahaja dapat mengharumkan bau badan, tetapi juga mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Namun bau minyak wangi yang disembur sukar untuk kekal harum sepanjang hari. 

Tips Mengekalkan Haruman Minyak Wangi
Tips Mengekalkan Haruman Minyak Wangi 
Beberapa tips yang boleh dicuba bagi mengekalkan haruman minyak wangi adalah seperti berikut:

Kekalkan haruman minyak wangi dengan semburan di leher 

Dongakkan dagu anda dan pegang botol minyak wangi dengan jarak tujuh inci dari leher. Kemudian semburkan minyak wangi tepat pada tengah leher. 


Kekalkan haruman minyak wangi dengan semburan di tangan 

Bagi semburan minyak wangi di pergelangan tangan, pegang botol minyak wangi pada jarak empat inci. 


Kekalkan haruman minyak wangi dengan semburan di udara 

Setelah menyembur minyak wangi pada leher dan pergelangan tangan, anda boleh menambah wangian dengan cara menyembur minyak wangi pada udara dan berjalanlah melaluinya. 


Oleh itu, walau semahal mana pun minyak wangi yang digunakan pasti tidak kekal lama baunya jika tidak disembur dengan tepat. Dengan mempraktikkan tips seperti di atas pasti dapat mengekalkan haruman minyak wangi sepanjang hari.