Tajuk : Tips Membersihkan Wajah dengan Betul
Link : Tips Membersihkan Wajah dengan Betul
Tips Membersihkan Wajah dengan Betul
Membersihkan wajah bukan hanya menanggalkan sisa solekan, tetapi ianya juga penting bagi mengekalkan wajah yang sentiasa sihat dan segar. Diharapkan perkongsian tips membersihkan wajah dengan betul ini memberikan informasi kepada anda.
Tips Membersihkan Wajah dengan Betul - Sumber gambar boldsky.com |
Jika sebelum ini saya pernah kongsikan berkenaan tips solekan asas di dalam entri yang lalu. Beberapa tips membersihkan wajah dengan betul adalah seperti berikut:
Pemilihan produk pembersih
Pilih produk pembersih wajah yang sesuai dengan kulit anda bagi mengelakkan kulit wajah iritasi atau menjadi kemerahan. Berhati-hati memilih produk yang mengandungi bahan kimia dan baca label dengan teliti sebelum membeli. Seeloknya pilihlah produk yang berasaskan air dan bahan-bahan semulajadi.
Bersihkan wajah mengikut keperluan
Bersihkan kulit wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika terlalu kerap membersihkan wajah, mungkin akan mengganggu proses penghasilan minyak semulajadi yang baik untuk kulit. Gunakan tiga jari di tengah tangan anda ketika membersih kulit wajah.
Gunakan suhu air yang sesuai untuk wajah
Elakkan membersihkan wajah anda dengan menggunakan air panas kerana ianya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Seeloknya bersihkan wajah anda dengan air suam atau air suhu biasa.
Bersihkan wajah dengan sempurna
Pori di wajah akan tersumbat jika anda tidak membersihkan wajah dengan betul. Pastikan anda membersihkan keseluruhan wajah dengan sempurna termasuklah di bahagian bawah rahang, hidung dan garis rambut.
Penggunaan skrub untuk pembersihan wajah
Elakkan menggunakan skrub untuk wajah anda secara kerap kerana ianya akan menyebabkan pengelupasan kulit yang seterusnya berlakunya iritasi kulit. Seeloknya gunakan dua kali seminggu.
Mengeringkan wajah selepas dibersihkan
Lap dengan cara menekapkan tuala dengan lembut di wajah anda untuk mengeringkannya, bukan menggosoknya dengan tuala. Jika menggosok wajah dengan kasar, ianya akan menyebabkan tahap elastik kulit menurun dan seterusnya kulit menjadi kendur.
Gunakan pelembap selepas membersihkan wajah
Gunakan pelembap selepas anda membersihkan wajah bagi memastikan ianya menyerap dengan dengan baik di kulit wajah. Sekiranya wajah dibiarkan kering dalam tempoh lama sebelum memakai pelembap, proses penyerapan bahan aktif ke kulit menjadi lebih sukar.
Seharusnya pembersih wajah mampu menanggalkan kesan solekan dan mengekalkan kelembapan semulajadi kulit wajah anda. Oleh itu, diharap perkongsian tips membersihkan wajah dengan betul pada kali ini memberikan panduan asas kepada anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.