Tajuk : Kelebihan Senyuman
Link : Kelebihan Senyuman
Kelebihan Senyuman
Senyuman memiliki kuasa yang besar terhadap diri seseorang. Dengan senyuman kita boleh mengubah wajah suram menjadi ceria. Pada kali ini akan dikongsikan mengenai kelebihan senyuman terhadap diri seseorang.
Kelebihan Senyuman - Sumber gambar fgm.ind.br |
1. Kelebihan senyuman membuat diri lebih menarik
Senyuman adalah penyeri kepada wajah seseorang. Apabila kita tersenyum, orang di sekeliling kita akan berasa selesa dan secara tidak langsung diri akan kelihatan lebih menarik.
2. Kelebihan senyuman boleh mengubah perasaan
Senyuman dapat mengubah perasaan anda menjadi lebih baik dan positif. Jika anda berasa sedih, cubalah pejamkan mata sambil menarik nafas dalam-dalam dan senyum.
3. Kelebihan senyuman boleh berjangkit
Kebiasaannya orang di sekeliling pasti akan membalas senyuman yang dilemparkan kepada mereka. Senyumlah kerana pasti dunia juga akan turut tersenyum.
4. Kelebihan senyuman meningkatkan imuniti
Senyuman membuatkan anda berasa tenang dan sekaligus sistem imun badan akan bekerja dengan lebih baik. Fungsi imun badan yang terbaik adalah ketika seseorang sedang bertenang.
5. Kelebihan senyuman menurunkan tekanan darah
Tekanan darah ketika sedang senyum (tenang) pasti lebih rendah berbanding ketika anda sedang marah. Cubalah untuk tersenyum seketika walaupun anda sedang marah.
6. Kelebihan senyuman membuatkan anda awet muda
Senyuman melibatkan pergerakan banyak otot di muka kita. Dengan senyuman pasti akan mengurangkan tekanan dan menghasilkan muka yang awet muda.
7. Kelebihan senyuman membuat anda kelihatan berjaya
Jika anda tersenyum, pasti anda akan kelihatan lebih yakin, boleh dipercayai dan berjaya. Dengan senyuman pasti orang di sekeliling akan menilai anda lebih baik.
Oleh itu, banyak kelebihan senyuman kepada diri seseorang. Senyumlah secara sederhana dengan penuh keikhlasan. Namun jangan berlebih-lebih (tersengih seperti kerang busuk) kerana pasti ada orang yang meluat memandangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.