Tajuk : Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam
Link : Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam
Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam
Menahan rasa lapar pada waktu malam mungkin akan membuatkan anda berasa tertekan. Perlukah anda terus bertahan atau melayan sahaja kehendak perut? Kali ini akan dikongsikan mengenai petua atasi lapar pada waktu malam.
Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam - Sumber gambar breakingmuscle.com |
Sebelum ini dikongsikan berkenaan tips makan malam sihat di dalam artikel yang lalu. Sebaiknya usah dibiarkan rasa lapar mengganggu tidur anda. Beberapa petua atasi lapar pada waktu malam adalah seperti berikut:
Pilih makanan sesuai jika lapar pada waktu malam
Jika terpaksa makan, pilih makanan sihat seperti sup sayur dan buah-buahan. Seeloknya elakkan mengambil makanan segera seperti mi segera. Boleh juga membaca jenis makanan malam untuk diet.
Minum air putih untuk atasi lapar pada waktu malam
Minum segelas air putih terlebih dahulu sebelum anda mula makan. Pasti perut akan berasa cepat kenyang dan ini akan mengelakkan anda makan berlebihan. Boleh juga membaca petua sihat dengan air putih.
Jika terpaksa makan nasi pada waktu malam
Makan buah terlebih dahulu jika terpaksa makan nasi. Kemudian penuhkan tiga perempat pinggan anda dengan sayur-sayuran dan hanya tambah seperempat nasi dan lauk. Buah dan sayur pasti akan membuatkan anda cepat kenyang.
Sebaiknya ambil makanan untuk makan malam sebelum jam 8.00 malam atau dua jam sebelum tidur. Ingatlah bahawa makan malam hanya untuk mengalas perut. Diharapkan perkongsian petua atasi lapar pada waktu malam ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.