Tajuk : Tips Hadapi Tekanan secara Pantas
Link : Tips Hadapi Tekanan secara Pantas
Tips Hadapi Tekanan secara Pantas
Tekanan bukan hanya dialami oleh orang dewasa, tetapi golongan remaja juga tidak terkecuali untuk menghadapinya. Tips hadapi tekanan secara pantas ini boleh dicuba oleh anda yang sedang tertekan untuk meredakan tekanan dengan cepat.
Tips Hadapi Tekanan secara Pantas - Sumber gambar haasundergrad.wordpress.com |
1. Tips hadapi tekanan secara pantas dengan meluahkan tekanan
Anda boleh meluahkan tekanan dengan pelbagai cara positif. Luahkan tekanan anda kepada seseorang yang boleh dipercayai. Menangis atau menjeritlah ketika berseorangan jika itu mampu membuatkan anda berasa lebih baik dan tenang.
2. Tips hadapi tekanan secara pantas dengan bersenam
Selain daripada mengeluarkan peluh, bersenam juga mampu mengurangkan tekanan. Apabila seluruh anggota badan digerakkan, peredaran darah akan menjadi lebih lancar dan fikiran lebih tenang.
3. Tips hadapi tekanan secara pantas dengan aromaterapi
Aromaterapi yang sesuai untuk tekanan adalah lavender. Bau lavender mampu untuk menenangkan fikiran. Anda boleh juga membaca tips memilih aromaterapi sesuai keadaan di dalam entri yang lalu.
4. Tips hadapi tekanan secara pantas dengan mendengar muzik
Dengarlah muzik kegemaran anda yang menenangkan. Bagi penganut Islam, bolehlah mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Pasti tekanan akan semakin berkurangan dan jiwa akan berasa tenang.
5. Tips hadapi tekanan secara pantas dengan makan coklat
Ini bukan bermaksud anda bebas makan coklat dengan sepuasnya ketika sedang tertekan. Ambil sepotong coklat dan nikmatilah coklat itu di dalam mulut anda tanpa terus menelannya sekaligus. Coklat meningkatkan hormon Endorfin yang membuatkan seseorang berasa tenang.
Semakin jauh kita berjalan, pasti semakin banyak ujian hidup yang mendatang. Jangan cepat melatah dan ingatlah bahawa cabaran dan tekanan itu pasti akan pergi juga. Diharapkan perkongsian tips hadapi tekanan secara pantas ini berguna untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.