Sabtu, 7 Februari 2015

Petua Atasi Rambut Bercabang

Petua Atasi Rambut Bercabang - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Atasi Rambut Bercabang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Atasi Rambut Bercabang
Link : Petua Atasi Rambut Bercabang

Baca juga


Petua Atasi Rambut Bercabang

Masalah rambut bercabang bukan hanya terjadi kepada kaum wanita, lelaki juga tidak terkecuali. Selain daripada mendapatkan rawatan di salun, anda sendiri boleh mengamalkan petua atasi rambut bercabang di rumah. 

Petua Atasi Rambut Bercabang
Petua Atasi Rambut Bercabang - Sumber gambar sheehair.blogspot.com
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai petua merawat rambut secara tradisional. Beberapa petua atasi rambut bercabang yang boleh anda praktikkan adalah seperti berikut:

1. Petua atasi rambut bercabang dengan memotong hujung rambut
Potong bahagian hujung rambut anda yang bercabang. Rambut anda juga akan kelihatan lebih kemas dan rapi selepas hujung bercabang dibuang. 

2. Petua atasi rambut bercabang ketika menyikat rambut
Sikat rambut anda dengan sikat bergigi jarang supaya dapat mengurangkan kecederaan kulit kepala anda dan kerosakan rambut. 

3. Petua atasi rambut bercabang ketika mengeringkan rambut
Seeloknya keringkan rambut anda secara semulajadi menggunakan tuala. Penggunaan pengering rambut pada suhu yang tinggi boleh merosakkan rambut.

4. Petua atasi rambut bercabang dengan mengelakkan air panas
Rambut akan kehilangan lembapan semulajadinya apabila dicuci dengan air panas dengan kerap. Seterusnya rambut akan menjadi kering dan bercabang.

5. Petua atasi rambut bercabang dengan perapi
Gunakan perapi rambut setiap kali selepas anda bersyampu. Perapi rambut berfungsi untuk mengurangkan kekusutan rambut dan melembutkan rambut.

6. Petua atasi rambut bercabang dengan mayonis
Sapukan satu sudu besar mayonis di rambut dan bungkus dengan shower cap selama 15 minit. Kemudian syampu rambut anda seperti biasa. Rambut akan menjadi lembut dan mudah diurus. 

Diharapkan perkongsian petua atasi rambut bercabang pada kali ini bermanfaat untuk anda. Berhati-hati memilih produk perawatan rambut yang terdapat di pasaran kerana terdapat produk yang mengandungi banyak bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.