Tajuk : Tips Memilih Produk Pemutihan Kulit
Link : Tips Memilih Produk Pemutihan Kulit
Tips Memilih Produk Pemutihan Kulit
Penggunaan produk pemutihan kulit semakin popular pada masa kini. Sehingga ada yang sanggup melaburkan wang yang banyak semata-mata ingin tampil cantik. Perkongsian tips memilih produk pemutihan kulit ini adalah sebaagai panduan asas kepada anda.
Tips Memilih Produk Pemutihan Kulit - Sumber gambar caryaward.org |
1. Tips memilih produk pemutihan kulit dengan meneliti bahan
Perhatikan bahan yang digunakan dan dosnya. Sekiranya terdapat bahan kimia berbahaya seperti hydroquinone, batalkan niat anda untuk membelinya kerana ia boleh manyebabkan kanser kulit. Pastikan produk itu didaftarkan dan mendapat pengesahan KKM.
2. Tips memilih produk pemutihan kulit mengikut jenis kulit
Jika kulit anda jenis kering, gunakan produk pemutih berbentuk krim manakala kulit berminyak pula sesuai menggunakan produk pemutih berbentuk losyen.
3. Tips memilih produk pemutihan kulit dengan menguji kesesuaian produk
Cuba oleskan produk pemutih tersebut di bahagian belakang telinga anda (kulit pada bahagian telinga sama dengan jenis kulit pada wajah). Jika berlaku alahan atau iritasi, ini menunjukkan produk pemutih itu tidak selamat digunakan.
4. Tips memilih produk pemutihan kulit dengan menghadkan penggunaan
Gunakan produk pemutih berasaskan bahan kimia tidak melebihi tiga bulan. Ini kerana proses regenerasi atau pembaikan kulit akan menjadi lebih sukar selepas tiga bulan.
5. Tips memilih produk pemutihan kulit dengan memilih yang semulajadi
Pilih produk pemutih yang mengandungi bahan semulajadi atau alami seperti vitamin C. Seharusnya anda yang memiliki kulit bewarna coklat bersyukur kerana ianya mengurangkan risiko kerosakan kulit akibat sinaran matahari. Kebanyakan produk pemutihan akan menyebabkan kulit mengelupas dan seterusnya mudah terbakar apabila terdedah kepada cahaya matahari.
Oleh itu, berhati-hatilah ketika memilih produk pemutihan kulit. Terdapat produk pemutihan yang tidak mencatatkan bahan berbahaya yang digunakan dan ini semestinya membahayakan pengguna. Semoga perkongsian tips memilih produk pemutihan kulit ini berguna untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.