Tajuk : Tips Makan Malam Sihat
Link : Tips Makan Malam Sihat
Tips Makan Malam Sihat
Mungkin ada yang menganggap makan malam menyebabkan gemuk. Kenyataannya kegemukan juga disebabkan faktor lain seperti pengambilan lemak belebihan dan gaya hidup tidak sihat. Tips makan malam sihat ini pasti membuatkan tubuh anda kekal bertenaga.
Tips Makan Malam Sihat - Sumber gambar eatright.org |
Sebelum ini pernah dikongsikan berkenaan jenis makanan malam untuk diet. Beberapa tips makan malam sihat adalah seperti berikut:
1. Tips makan malam sihat dengan makan secara seimbang
Makan secara seimbang mengikuti keperluan kalori tubuh anda. Penuhkan separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran, seperempat dengan lauk dan seperempat lagi dengan nasi. Kunyah makanan perlahan-lahan sebelum ditelan.
2. Tips makan malam sihat dengan mengurangkan makan bergoreng
Makanan bergoreng pasti akan membuatkan anda berasa ketagih untuk makan lebih banyak. Kurangkan pengambilan makan bergoreng dan gantikan dengan snek sihat seperti buah-buahan segar yang dipotong.
3. Tips makan malam sihat dengan makan pada awal waktu
Amalkan makan malam sebelum jam 8.00 malam bagi mengelakkan perut anda terlalu kenyang dan seterusnya mengakibatkan gangguan tidur.
4. Tips makan malam sihat dengan elak pengambilan minuman berkafein
Elakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam. Kandungan kafein mungkin akan membuatkan anda sukar untuk melelapkan mata.
5. Tips makan malam sihat dengan fokus kepada makanan
Elakkan makan sambil menonton televisyen atau melayari internet. Selalunya anda akan cenderung untuk makan lebih banyak dan tidak sedar kuantiti makanan yang telah diambil. Sebaliknya fokus kepada makanan anda.
Oleh itu, usah mengelak makan malam kerana ianya penting untuk memastikan tubuh anda mendapat nutrien yang seimbang dan mencukupi. Diharap perkongsian tips makan malam sihat ini memberikan panduan asas kepada anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.