Khamis, 26 Februari 2015

Makanan Ketika Sedang Tertekan

Makanan Ketika Sedang Tertekan - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniMakanan Ketika Sedang Tertekan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Makanan Ketika Sedang Tertekan
Link : Makanan Ketika Sedang Tertekan

Baca juga


Makanan Ketika Sedang Tertekan

Terdapat segelintir individu menjadikan makanan sebagai terapi ketika mereka sedang tertekan. Jika tidak dikawal pasti akan menyebabkan berat badan naik. Perkongsian makanan ketika sedang tertekan ini pasti dapat mengurangkan tekanan anda. 

Makanan Ketika Sedang Tertekan
Makanan Ketika Sedang Tertekan - Sumber gambar thefitcook.net
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips makan ketika sedang tertekan. Beberapa jenis makanan ketika sedang tertekan adalah seperti berikut:

Coklat hitam dan badam kurangkan tekanan

Makan coklat hitam bersama dengan kacang badam. Coklat hitam bermanfaat untuk mengurangkan tekanan manakala kacang badam mengandungi protein. 


Yogurt dan strawberi kurangkan tekanan

Campurkan yogurt dengan strawberi dan sedia untuk dimakan. Yogurt kaya dengan protein yang mewujudkan hormon anti tekanan. Strawberi memberi rasa manis serta mencetus sistem imuniti tubuh.


Teh hijau kurangkan tekanan

Teh hijau sesuai diminum ketika sedang tertekan kerana ia dapat membantu anda kekal fokus untuk bertenang.


Pelbagai kekacang kurangkan tekanan

Ketika sedang tertekan makanlah pelbagai jenis kacang yang anda gemari seperti badam, gajus, pistacio, walnut, dan kuaci. Kandungan omega 3 di dalam pelbagai jenis kacang ini dapat mengurangkan tekanan. Perbanyakkan juga memakan kismis. 


Smoothies kurangkan tekanan

Kisar susu skim bersama buah-buahan kegemaran anda. Tambahkan sedikit serbuk coklat atau vanila. Pasti ianya sedap dan menenangkan ketika dinikmati. 


Oleh itu, tidak salah untuk makan ketika sedang tertekan, namun anda harus memilih yang berkhasiat dan dan dapat menenangkan. Anda juga boleh membaca petua atasi lapar pada waktu malam di dalam artikel yang lalu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.