Jumaat, 10 April 2015

Petua Mencantikkan Wajah di Rumah

Petua Mencantikkan Wajah di Rumah - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Mencantikkan Wajah di Rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Mencantikkan Wajah di Rumah
Link : Petua Mencantikkan Wajah di Rumah

Baca juga


Petua Mencantikkan Wajah di Rumah

Kesibukan tugasan seharian pasti menghadkan waktu untuk anda memanjakan kulit wajah di pusat kecantikan. Apa kata anda manjakan wajah di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang telah tersedia di dapur anda.

Petua Mencantikkan Wajah di Rumah
Petua Mencantikkan Wajah di Rumah - Sumber gambar 10wallpaper.com
Sebelum ini pernah dibincangkan mengenai petua asas kecantikan di dalam artikel yang lalu. Gunakan waktu hujung minggu anda di rumah dengan mencantikkan kulit wajah seperti berikut:

Skrub wajah di rumah

Campurkan tiga sudu besar susu bersama tiga sudu besar madu dan satu sudu kecil oat di dalam bekas dan kacau sehingga sebati. Sapu rata skrub ini ke seluruh wajah anda dan urut lembut dengan dua hujung jari selama satu hingga dua minit dengan gerakan dari bawah ke atas. Bilas wajah dengan air suam. 


Masker wajah di rumah

Campurkan dua sudu mayonis dengan air perahan lemon. Sapukan pada wajah anda dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tuala. Selain daripada mengecilkan pori, ia juga berfungsi sebagai pelembap.


Krim wajah di rumah

Kisar sebiji pisang (boleh guna semua jenis pisang) menjadi krim. Sapu rata pada wajah dengan gerakan dari bawah ke atas dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam dan kemudiannya air bersih. Anda akan merasakan kulit lebih segar dan tegang. 


Anda boleh melakukan sendiri rawatan mencantikkan wajah seperti di atas sambil bersantai pada hujung minggu di rumah. Selain tidak mengandungi bahan-bahan kimia, ianya juga selamat digunakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.