Ahad, 12 April 2015

Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan

Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniLemon untuk Kecantikan dan Kesihatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan
Link : Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan

Baca juga


Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan

Lemon merupakan salah satu daripada buah sitrus yang kaya vitamin C. Selain daripada digunakan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan, buah lemon juga amat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan secara alami. 

Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan
Lemon untuk Kecantikan dan Kesihatan - Sumber gambar rappler.com
Beberapa khasiat lemon untuk kesihatan dan kecantikan adalah seperti berikut:

Lemon sebagai antiseptik

Lemon digunakan sebagai antiseptik semulajadi yang dapat mengatasi masalah kulit. Minum perahan air lemon setiap hari bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri tanpa masalah jerawat. 


Lemon untuk menurunkan berat badan

Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, amalkan minum air perahan lemon yang dicampurkan dengan sedikit madu pada setiap pagi sebelum sarapan pagi. Ini sekaligus dapat menyingkirkan toksin keluar dari badan melalui proses detokfikasi. 


Lemon untuk merehatkan minda

Bau lemon yang segar dapat mengawal tekanan darah, mengurangkan rasa pening serta mual dan merehatkan minda. Aroma lemon juga telah digunakan sebagai semburan penyegar serta pewangi kediaman dan kereta. 


Lemon untuk ibu hamil

Lemon dapat mengurangkan alahan yang dialami oleh ibu hamil seperti mual dan loya. Perah sedikit lemon di dalam air suam dan minum airnya. 


Lemon untuk jantung dan buah pinggang

Lemon mengandungi kalium yang dapat membantu penghidap sakit jantung. Jus lemon juga dapat meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru serta meningkatkan pembuangan air kencing dan membersihkan buah pinggang. 


Selain daripada aromanya yang menyegarkan, lemon juga mempunyai rasa yang enak bagi menambah selera makan anda. Oleh itu, usah ragu-ragu untuk mengambil lemon kerana pasti banyak manfaat yang akan anda perolehi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.