Tajuk : Tips Pemilihan Permaidani
Link : Tips Pemilihan Permaidani
Tips Pemilihan Permaidani
Permaidani merupakan pelengkap dekorasi kepada ruang dalam sesuatu kediaman. Terdapat pelbagai pilihan permaidani dengan jenis dan corak permaidani yang sesuai untuk ruang yang berbeza di dalam rumah.
Tips Pemilihan Permaidani - Sumber gambar versusbattle.com |
Pemilihan permaidani mengikut keluasan ruang
Sekiranya bilik atau ruang dalam rumah anda bersaiz kecil, pilih permaidani dengan warna yang cerah atau putih bagi menampakkan ruang yang lebih luas. Namun warna ini tidak sesuai bagi keluarga yang memiliki anak kecil kerana cepat kotor.
Pemilihan permaidani mengikut warna ruang
Elakkan memilih warna permaidani sedondon dengan warna perabot, langsir atau dinding. Pastikan warna permaidani serasi dengan warna dinding ruang rumah. Jika ruang tamu di rumah menempatkan set perabot bewarna gelap, pilih permaidani dengan warna yang lebih terang dan kontra. Ini akan menampakkan ianya lebih menarik.
Pemilihan permaidani mengikut konsep dekorasi
Jika konsep dekorasi ruang anda mengikut gaya etnik, suai padan dengan ambal yang diperbuat dari buluh atau rotan. Permaidani bermotif kerawang dan bunga dari Iran atau Turki sesuai untuk konsep tradisional Melayu. Bagi konsep ‘urban’ pula, pemilihan permaidani jenis ‘shaggy’ seperti bulu adalah paling sesuai.
Pemilihan permaidani mengikut kualiti permaidani
Pemilihan permaidani juga perlu berdasarkan kualitinya. Terdapat pelbagai jenis permaidani yang dijual di pasaran dengan kualiti dan harga yang berbeza. Pastikan pembelian permaidani yang berkualiti setimpal dengan palaburan wang anda.
Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak untuk meletakkan permaidani yang bersesuaian pada ruang di rumah anda. Pemilihan permaidani yang sesuai pasti akan menyerlahkan lagi dekorasi di rumah anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.