Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Mei 2015

Tips Pemilihan Tudung

Kehidupan - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniKehidupan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Pemilihan Tudung
Link : Tips Pemilihan Tudung

Baca juga


Kehidupan

Pemilihan tudung yang sesuai pasti akan menampilkan wajah yang berseri dan meningkatkan keyakinan diri seorang muslimah. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tips penjagaan rambut bertudung di dalam artikel yang lalu. 

Tips Pemilihan Tudung
Tips Pemilihan Tudung - Sumber gambar hijabik.com
Tudung bukan sekadar untuk menutup aurat, tetapi ianya juga melambangkan keperibadian diri seorang muslimah. Beberapa asas pemilihan tudung adalah seperti berikut:

Jenis fabrik tudung

Pilih jenis fabrik tudung yang selesa dan saiz yang sesuai dengan bentuk muka anda. Pelbagai jenis kain yang sesuai dijadikan tudung seperti kain bawal, sutera, viscose dan sifon. 


Misalnya tudung jenis bawal sesuai dipakai oleh kebanyakan individu. Namun anda perlu menggosok tudung bawal terlebih dahulu sebelum memakainya. Elakkan memakai tudung dari fabrik jenis jarang yang menampakkan leher anda. 


Corak tudung

Pilih corak tudung yang samar-samar dan susunan corak tidak tertumpu di sekeliling wajah anda. Jika anda memilih tudung mempunyai kaki, pastikan kaki tertumpu di bahagian hujung tudung dan bahagian kepala bebas dari corak. 


Pilih corak tudung yang sopan dan sesuai dengan imej seorang muslimah. Elakkan memakai tudung bercorak unsur binatang seperti corak harimau atau bercorak abstrak seperti corak buah catur. 


Padanan tudung

Elakkan memadankannya tudung bercorak bunga dengan baju yang juga bercorak bunga. Pasti penampilan kelihatan berserabut. Padanan yang sesuai adalah pilih warna tudung lebih lembut berbanding warna baju. 


Elakkan memakai tudung warna sedondon dengan corak baju kerana ia kelihatan tidak menarik. Pastikan anak tudung yang dipakai terlindung di sebalik tudung anda untuk imej yang lebih kemas. 


Oleh itu, seharusnya setiap muslimah memakai tudung mengikut syariat yang ditetapkan iaitu menutup aurat dengan sempurna. Elakkan memilih tudung yang terlalu pendek atau jarang kerana ia mencacatkan penampilan seorang muslimah.