Tajuk : Tips Memujuk Suami Merajuk
Link : Tips Memujuk Suami Merajuk
Keluarga
Bukan sahaja isteri yang suka merajuk. Suami juga ada masanya akan merajuk mungkin disebabkan layanan isteri yang kurang baik dan tambahan pula emosi suami tidak stabil disebabkan sedang tertekan, lapar, kurang tidur atau marah.
Tips Memujuk Suami Merajuk - Sumber gambar sdkeluarga.karangkraf.com |
Isteri adalah insan paling rapat yang bertanggungjawab untuk memujuk suami. Beberapa tips mudah yang boleh dicuba untuk memujuk suami anda yang sedang merajuk adalah seperti berikut:
Jika suami anda sedang marah jangan sesekali anda membalasnya, sebaliknya bersabarlah dan mengalah. Mengalah tidak semestinya anda kalah, sebaliknya menunjukkan anda seorang yang kuat.
Pujuk suami dengan layanan
Jika anda tahu punca suami merajuk kerana kesilapan anda, minta maaf dengannya dan jangan sesekali anda mengulangi kesilapan yang sama. Pujuk suami dengan layanan romantik dan masakkan makanan kesukaannya.
Pujuk suami dengan berdoa
Kekuatan hati adalah sangat diperlukan ketika menghadapi suami yang sedang merajuk. Kekuatan ini boleh diperoleh jika anda selalu mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melalui doa.
Oleh itu, merajuk dan memujuk adalah perkara normal bagi suami dan isteri di dalam mengeratkan hubungan kasih sayang. Yang penting jangan berputus asa untuk terus memujuk suami anda yang sedang merajuk.