Memaparkan catatan dengan label panggang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panggang. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Oktober 2009

PETUA PANGGANG MAKANAN LAUT

panggang - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali inipanggang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : PETUA PANGGANG MAKANAN LAUT
Link : PETUA PANGGANG MAKANAN LAUT

Baca juga


panggang










MEMASAK SECARA PANGGANG/BAKAR DAN MASAKAN BERBAU WANGI (MAKANAN LAUT)


Masakan secara panggang amat digemari oleh kebanyakan orang. Cara masakan ini juga merupakan satu kaedah untuk berdiet dan menjaga kesihatan badan. Makanan laut merupakan masakan yang amat enak dimakan jika dimasak secara bakar/panggang. Itu pun jika kena dengan resipi dan cara masakannya.


Aroma atau bau masakan merupakan element penting dalam menaikkan selera makan. Jika anda ingin mencuba perniagaan bidang masakan pastikan menu anda mempunyai aroma yang menyelerakan. Pelanggan anda tentu tak sabar untuk merasa masakan anda jika tercium bau masakan dari kedai anda. Jesteru itu saya ingin berkongsi pertua untuk menaikkan aroma masakan yang saya amalkan jika memasak makanan laut secara bakar/panggang. Bahan-bahannya cukup mudah iaitu :


1. Daun kunyit.(Dihiris halus/mayang)

2. Ketumbar (Ditumbuk)

3. Daun pisang/kertas aluminium


Setelah makanan laut (ikan /sotong ) diperap(Bahan utk memerap yang telah siap banyak dijual dalam pasaran) letakkan ikan/sotong atas daun pisang/kertas aluminium. Lepas tu sapukan ikan/sotong dengan ketumbar dan akhirnya taburkan daun kunyit yang dihiris halus. Kemudian bungkus ikan/sotong tersebut dengan daun pisang/kertas aluminium. Pastikan bungkusan tidak bocor ini supaya semua air dari bahan-bahan tadi tidak mengalir keluar. Ini penting untuk menjaga rasa dan aroma masakan. Jika bungkusan bocor terlalu banyak air dari bahan masakan akan mangalir keluar dan menjejaskan rasa masakan.


Cara membakar/memanggang juga mempengaruhi aroma masakan. Cara yang terbaik adalah cara lama/tradisional iaitu memanggang/bakar atas bara api dengan menggunakan pemanggang. Tetapi cara ini agak cerewet bagi kebanyakan kita terutama yang hidup dibandar atau bagi suami isteri yang bekerja. Jadi gunakan peralatan yang biasa kita ada di dapur seperti oven, microwave atau cukup dengan dapur gas kita.

Cara yang saya gunakan ialah penggang/bakar dengan dapur gas. Ikan/sotong yang telah siap dibungkaus saya masukkan ke dalam kuali leper (non stik) dan tutup dengan penutup periuk. Bakar dengan api sederhana. Air bahan masakan tidak tumpah, dapur saya tak kotor, rasa masakan tak hilang dan yang penting aroma masakan saya sungguh menyelerakan. Sampai kadangkala berebut dengan anak-anak bila ratah begitu saja.


SELAMAT MENCUBA, TAK TRY TAK TAHU. CUBALAH