Isnin, 8 Disember 2014

Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan
Link : Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan

Baca juga


Jenayah mencuri kenderaan boleh berlaku di mana sahaja iaitu tidak kira di depan rumah, hotel, tempat kerja atau tempat awam. Kali ini saya akan kongsikan mengenai tips pencegahan jenayah curi kenderaan

Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan
Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan - Sumber gambar autoproyecto.com
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips pencegahan jenayah pecah rumah. Berikut adalah tips pencegahan jenayah curi kenderaan:

1. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Pastikan kenderaan dikunci
Jika motosikal, pasang rantai dan kunci tambahan. Jika kereta, pasangkan kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac.

2. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Letak di tempat selamat
Letakkan kenderaan anda di tempat yang mudah dilihat, tempat terang/berlampu (malam) dan selamat. 

3. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Ukir nombor pendaftaran
Ukir nombor pendaftaran kenderaan anda di bahagian-bahagian penting kenderaan anda.

4. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Pasang penggera
Pastikan kenderaan anda dipasang alat penggera yang akan berbunyi apabila cuba dicuri.

5. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Pegang kunci kenderaan
Jangan serahkan kunci kenderaan anda walaupun kepada penjaga di tempat meletak kenderaan.

Oleh itu, semoga perkongsian mengenai tips pencegahan jenayah curi kenderaan ini bermanfaat sebagai menambah informasi anda. Berhati-hati walau di mana pun kita berada kerana jenayah mudah berlaku apabila ada peluang.

Ahad, 7 Disember 2014

Tips Dapatkan Tidur Berkualiti

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Dapatkan Tidur Berkualiti
Link : Tips Dapatkan Tidur Berkualiti

Baca juga


Tidur yang berkualiti adalah penting bagi mengekalkan stamina dan kesegaran badan kita. Waktu tidur yang paling baik adalah pada waktu malam. Kali ini akan dibincangkan mngenai tips dapatkan tidur berkualiti

Tips Dapatkan Tidur Berkualiti
Tips Dapatkan Tidur Berkualiti - maternityinstitute.com
Sebelum ini telah dikongsikan mengenai kesan akibat kurang tidur. Beberapa tips dapatkan tidur berkualiti adalah seperti berikut:

1. Tips dapatkan tidur berkualiti - Tidur waktu yang tetap
Paksa diri anda untuk tidur di waktu yang tetap pada setiap malam. Lama-kelamaan pasti badan kita akan terbiasa. Elak tidur panjang pada waktu siang (kecuali boleh tidur sebentar sebelum waktu Zohor iaitu mengikut sunnah Rasulullah SAW). 

2. Tips dapatkan tidur berkualiti - Lakukan senaman
Bersenamlah secara teratur sekurang-kurangnya selama 15 minit pada setiap petang. Senaman boleh menghilangkan ketegangan badan anda. Dengan melakukan senaman pasti anda akan tidur dengan lena. 

3. Tips dapatkan tidur berkualiti - Suasana ketika tidur
Pilih bantal dan tilam yang selesa untuk tidur. Seeloknya padamkan lampu ketika anda tidur untuk mengelakkan gangguan cahaya. Haruman aromaterapi seperti lavender juga boleh digunakan dengan cara menitiskannya ke dalam air suam. 

4. Tips dapatkan tidur berkualiti - Pemakanan sebelum tidur
Pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang sebelum tidur. Jika berasa lapar, makanlah snek buah-buahan seperti pisang atau epal. Elakkan minuman berkafein seperti kopi sebaliknya gantikan dengan minuman seperti susu suam. 

5. Tips dapatkan tidur berkualiti - Kawal tekanan perasaan
Tenangkan perasaan anda sebelum tidur dan elakkan memikirkan masalah. Bagi yang beragama Islam bolehlah melakukan solat sunat Taubat dan memohon keampunan dari Allah SWT. Jangan lupa untuk maafkan orang sebelum tidur.

6. Tips dapatkan tidur berkualiti - Posisi yang selesa
Posisi tidur yang selesa seeloknya tidur dengan badan mengiring ke kanan seperti sunnah Rasullah SAW. Bacalah doa sebelum tidur, 1 kali surah (al-fatihah, ayat kursi, al-Ikhlas, al-Nas, al-Falaq) dan 33 kali (Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar). 

7. Tips dapatkan tidur berkualiti - Elak menonton televisyen
Jangan terlalu banyak menonton televisyen. Cerita di dalam televisyen boleh mempengeruhi perasaan kita. Misalnya jika sebelum tidur anda menonton cerita seram, pasti anda akan terbayang adegan seram itu ketika hendak tidur.

Oleh itu, tidur yang banyak (lama) tidak semestinya benar-benar berkualiti. Semoga perkongsian mengenai tips dapatkan tidur berkualiti ini dapat anda manfaatkan. Segera berjumpa dengan doktor jika masalah imsomnia berlarutan.