Tajuk : Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan
Link : Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan
Jenayah mencuri kenderaan boleh berlaku di mana sahaja iaitu tidak kira di depan rumah, hotel, tempat kerja atau tempat awam. Kali ini saya akan kongsikan mengenai tips pencegahan jenayah curi kenderaan.
Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan - Sumber gambar autoproyecto.com |
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips pencegahan jenayah pecah rumah. Berikut adalah tips pencegahan jenayah curi kenderaan:
1. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Pastikan kenderaan dikunci
Jika motosikal, pasang rantai dan kunci tambahan. Jika kereta, pasangkan kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac.
2. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Letak di tempat selamat
Letakkan kenderaan anda di tempat yang mudah dilihat, tempat terang/berlampu (malam) dan selamat.
3. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Ukir nombor pendaftaran
Ukir nombor pendaftaran kenderaan anda di bahagian-bahagian penting kenderaan anda.
4. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Pasang penggera
Pastikan kenderaan anda dipasang alat penggera yang akan berbunyi apabila cuba dicuri.
5. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Pegang kunci kenderaan
Jangan serahkan kunci kenderaan anda walaupun kepada penjaga di tempat meletak kenderaan.
Oleh itu, semoga perkongsian mengenai tips pencegahan jenayah curi kenderaan ini bermanfaat sebagai menambah informasi anda. Berhati-hati walau di mana pun kita berada kerana jenayah mudah berlaku apabila ada peluang.