Selasa, 9 Disember 2014

Rawatan untuk Penyakit Darah Tinggi

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Rawatan untuk Penyakit Darah Tinggi
Link : Rawatan untuk Penyakit Darah Tinggi

Baca juga


Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, penyakit darah tinggi adalah salah satu penyakit berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Kali ini saya akan kongsikan mengenai rawatan untuk penyakit darah tinggi

Rawatan untuk Penyakit Darah Tinggi
Rawatan untuk Penyakit Darah Tinggi - Sumbr gambar en.amerikanki.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai punca, tanda dan komplikasi penyakit darah tinggi. Rawatan untuk penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu rawatan tanpa ubatan dan rawatan dengan ubatan. 

Rawatan tanpa ubatan adalah yang terbaik kerana ianya adalah penyembuhan secara semulajadi. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut: 

1. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Ubah cara hidup 
Kurangkan penggunaan garam dan bahan perisa (MSG) di dalam masakan anda. 

2. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Aktiviti fizikal 
Bersenam secara teratur atau cergaskan badan dengan melakukan aktiviti fizikal lain seperti mengemas rumah. 

3. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Kurangkan berat badan 
Pengurangan berat badan adalah dengan cara melakukan senaman dan menjaga pemakanan. 

4. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Rokok dan alkohol 
Berhenti merokok dan mengambil alkohol kerana ia boleh menyebabkan komplikasi lain seperti kerosakan organ (otak, jantung dan buah pinggang). 

5. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Hindari tekanan 
Uruskan tekanan anda dengan cara yang positif dan pastikan anda sentiasa berfikiran positif. 

Rawatan untuk penyakit darah tinggi dengan menggunakan ubatan adalah mengikut nasihat doktor. Anda akan dibekalkan ubat darah tinggi. Namun anda juga harus mengamalkan diet untuk pesakit darah tinggi

Oleh itu, mencegah lebih baik dari merawat. Yang penting amalkan gaya hidup yang sihat melalui senaman dan pemakanan yang seimbang. Diharapkan perkongsian mengenai rawatan untuk penyakit darah tinggi ini bermanfaat untuk anda. 

Isnin, 8 Disember 2014

Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan
Link : Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan

Baca juga


Jenayah mencuri kenderaan boleh berlaku di mana sahaja iaitu tidak kira di depan rumah, hotel, tempat kerja atau tempat awam. Kali ini saya akan kongsikan mengenai tips pencegahan jenayah curi kenderaan

Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan
Tips Pencegahan Jenayah Curi Kenderaan - Sumber gambar autoproyecto.com
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips pencegahan jenayah pecah rumah. Berikut adalah tips pencegahan jenayah curi kenderaan:

1. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Pastikan kenderaan dikunci
Jika motosikal, pasang rantai dan kunci tambahan. Jika kereta, pasangkan kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac.

2. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Letak di tempat selamat
Letakkan kenderaan anda di tempat yang mudah dilihat, tempat terang/berlampu (malam) dan selamat. 

3. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Ukir nombor pendaftaran
Ukir nombor pendaftaran kenderaan anda di bahagian-bahagian penting kenderaan anda.

4. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Pasang penggera
Pastikan kenderaan anda dipasang alat penggera yang akan berbunyi apabila cuba dicuri.

5. Tips pencegahan jenayah curi kenderaan – Pegang kunci kenderaan
Jangan serahkan kunci kenderaan anda walaupun kepada penjaga di tempat meletak kenderaan.

Oleh itu, semoga perkongsian mengenai tips pencegahan jenayah curi kenderaan ini bermanfaat sebagai menambah informasi anda. Berhati-hati walau di mana pun kita berada kerana jenayah mudah berlaku apabila ada peluang.