Tajuk : Tips Mencegah Nafas Berbau
Link : Tips Mencegah Nafas Berbau
Masalah nafas berbau pasti akan mencacatkan penampilan diri anda kerana orang pasti akan memandang negatif apabila anda bercakap. Kali ini saya akan kongsikan beberapa tips mencegah nafas berbau yang boleh anda cuba.
Tips Mencegah Nafas Berbau - Sumber gambar oxyfresh.com |
1. Tips mencegah nafas berbau - Memberus gigi
Kewujudan plak dan sisa makanan yang melekat pada celah gigi menjadi tempat pembiakan bakteria yang seterusnya menyebabkan bau mulut. Beruslah gigi dua kali sehari dan jangan lupa untuk memberus lidah anda juga.
2. Tips mencegah nafas berbau - Kurangkan makan bawang
Elakkan memakan bawang putih dan merah mentah kerana ia juga menjadi penyebab kepada masalah nafas berbau.
3. Tips mencegah nafas berbau - Berhenti merokok
Berhenti merokok bagi mencegah masalah nafas berbau.
4. Tips mencegah nafas berbau - Minum air kosong
Banyakkan minum air kosong untuk mengekalkan kesegaran badan dan nafas anda.
5. Tips mencegah nafas berbau - Berkumur dengan ubat kumur
Berkumurlah dengan ubat kumur seperti Listerine atau Colgate bagi mengurangkan bakteria yang menyebabkan pembentukan plak dan nafas berbau.
6. Tips mencegah nafas berbau - Kunyah gula-gula getah tanpa gula
Kunyahlah gula-gula getah tanpa gula berperisa pudina untuk kesegaran nafas yang berpanjangan.
7. Tips mencegah nafas berbau - Penyembur penyegar nafas
Penyembur penyegar nafas bersaiz kecil mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Semburkan ke dalam mulut anda bila perlu dan ia bertindak segera untuk menyegarkan nafas anda.
Oleh itu, jangan jadikan masalah nafas berbau sebagai alasan untuk anda kurang keyakinan diri. Berusahalah untuk mengatasinya dengan mencuba tips mencegah nafas berbau yang dikongsikan dalam artikel ini.