Selasa, 16 Disember 2014

Petua Merawat Bibir Kering

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Merawat Bibir Kering
Link : Petua Merawat Bibir Kering

Baca juga


Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai tips memerahkan bibir. Bibir kering pasti akan memburukkan penampilan diri. Kali ini akan dikongsikan mengenai petua merawat bibir kering dengan menggunakan bahan semulajadi atau alami. 

Petua Merawat Bibir Kering
Petua Merawat Bibir Kering -Sumber gambar futurederm.com
Kurang minum air dan cuaca terlalu panas atau sejuk melampau boleh menyebabkan bibir menjadi kering. Beberapa petua merawat bibir kering adalah seperti berikut:

1. Petua merawat bibir kering - Lemon dan madu
Campurkan air perahan lemon dengan sedikit madu. Sapukan pada bibir yang kering. 

2. Petua merawat bibir kering - Minyak kelapa dara
Sapu sedikit minyak kelapa dara di bibir anda setiap kali sebelum tidur. 

3. Petua merawat bibir kering - Tomato
Belah sebiji tomato dan ambil isinya. Sapukan isi buah tomato di bibir anda. 

4. Petua merawat bibir kering - Timun
Hiris timun dan sapukan di bibir anda yang kering. 

5. Petua merawat bibir kering - Lidah buaya
Sapukan lendir pokok lidah buaya terus ke bibir anda.

Oleh itu, minumlah air kosong dengan secukupnya (lebih dari 8 gelas sehari) bagi mengelakkan kekeringan. Diharapkan perkongsian tips merawat bibir kering pada kali ini bermanfaat untuk anda.

Isnin, 15 Disember 2014

Tips Berdiet Tanpa Berlapar

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Berdiet Tanpa Berlapar
Link : Tips Berdiet Tanpa Berlapar

Baca juga


Berdiet dengan cara mengurangkan makan secara melampau boleh menyebabkan tekanan yang seterusnya menyebabkan anda mungkin berdiet separuh jalan. Kali ini ingin saya kongsikan tips berdiet tanpa berlapar

Tips Berdiet Tanpa Berlapar
Tips Berdiet Tanpa Berlapar - Sumber gambar runnow.eu
Di dalam artikel yang lepas saya pernah kongsikan mengenai petua atasi cepat rasa lapar. Beberapa tips berdiet tanpa berlapar adalah seperti berikut:

Diet tanpa berlapar dengan memilih makanan sihat

Ambil semua jenis makanan sihat secara seimbang mengikut keperluan. Jangan terlalu fikirkan tentang motif berdiet kerana mungkin anda akan berasa tertekan dan diet akan gagal. 


Diet tanpa berlapar dengan berehat seketika dari diet

Sesekali berikan masa kepada diri anda untuk berehat seketika dari diet dan makan makanan yang disukai (namun perlu hadkan kuantitinya). 


Diet tanpa berlapar dengan mencari alternatif

Cari alternatif bagi menggantikan makanan yang berkalori tinggi. Misalnya gantikan snek seperti keropok dan gula-gula dengan snek buah-buahan segar.


Diet tanpa berlapar dengan memilih rendah lemak

Pilih susu rendah lemak berbanding susu penuh krim. Ubah kaedah memasak kari ayam dengan cara mengubah bahan santan kepada susu rendah lemak.


Diet tanpa berlapar dengan mengurangkan kuantiti makanan

Gunakan pinggan yang kecil ketika mengambil makanan. Penuhkan pinggan dengan sayur terlebih dahulu diikuti dengan sedikit nasi dan lauk. Kunyah makanan perlahan-lahan sebelum ditelan. 


Diet tanpa berlapar dengan dengan mengambil nasi

Nasi penting sebagai sumber tenaga utama kerana ia mengandungi karbohidrat. Namun anda perlu hadkan pengambilannya sebanyak kurang dari saiz segenggam tangan anda sahaja. 


Diet tanpa berlapar dengan bersenam

Pilih senaman mengikut kemampuan dan masa anda. Contohnya jogging, jalan laju atau menari. Seeloknya bersenamlah secara berkala selama 20 minit setiap sesi sebanyak tiga kali seminggu.


Mungkin sukar pada permulaan proses diet sebegini, namun jika dilakukan secara disiplin dan konsisten pasti anda akan terbiasa. Semoga perkongsian tips berdiet tanpa berlapar pada kali ini bermanfaat untuk anda.