Rabu, 24 Disember 2014

Tips Menentukan Jangka Hayat Produk Kosmetik

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Menentukan Jangka Hayat Produk Kosmetik
Link : Tips Menentukan Jangka Hayat Produk Kosmetik

Baca juga


Menggunakan produk kecantikan yang telah tamat tempoh pasti akan membahayakan anda. Kali ini saya akan kongsikan tips menentukan jangka hayat produk kosmetik seperti maskara, gincu dan pensel mata.

Tips Menentukan Jangka Hayat Produk Kosmetik
Tips Menentukan Jangka Hayat Produk Kosmetik - Sumber gambar heonho.com
Beberapa tips menentukan jangka hayat produk kosmetik adalah seperti berikut:

1. Tips menentukan jangka hayat produk kosmetik – Perubahan fizikal
Perhatikan perubahan dari segi bentuk, warna dan bau produk. Jika terdapat sebarang perubahan, seeloknya dibuang sahaja produk berkenaan.

2. Tips menentukan jangka hayat produk kosmetik – Tarikh tamat tempoh
Jangka hayat sesuatu produk bermula sejak tarikh produk dibuat (anda boleh lihat di botol produk, contohnya MFG12 Dis 05). Jenis produk beserta tarikh tempoh tamatnya adalah seperti berikut:
  • Pensel mata dan bibir : 18 bulan
  • Maskara dan penggaris mata/celak : 6 hingga 9 bulan
  • Pembayang mata dan pemerah pipi jenis serbuk : 24 bulan
  • Pelembap dan compact jenis cecair : 12 bulan
  • Gincu : 24 bulan
Oleh itu, usah terlalu berkira untuk membeli produk kosmetik yang baharu jika yang lama telah rosak. Semoga perkongsian tips menentukan jangka hayat produk kosmetik ini berguna untuk panduan anda. 

Selasa, 23 Disember 2014

Kelebihan Kurus

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Kelebihan Kurus
Link : Kelebihan Kurus

Baca juga


Terdapat segelintir individu yang gemar makan dengan sesuka hati dan tidak kisah mengenai perubahan bentuk badan mereka. Kali ini saya akan kongsikan beberapa kelebihan kurus yang perlu diketahui.

Kelebihan Kurus
Kelebihan Kurus - Sumber gambar freshpair.com
Sebagai manusia yang normal, seharusnya anda berkeinginan untuk langsing dan kurus. Berikut adalah beberapa kelebihan kurus:

1. Kelebihan kurus untuk kesihatan yang baik
Kesihatan adalah paling bernilai dalam hidup kita. Apabila tubuh kurus, risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung atau kencing manis dapat dikurangkan. 

2. Kelebihan kurus untuk meningkatkan keyakinan diri
Berbadan besar atau gemuk mungkin menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua berbanding usianya dan ini boleh menyebabkan timbulnya rasa rendah diri. Kurus dapat meningkatkan keyakinan diri. 

3. Kelebihan kurus untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri 
Menjadi kurus akan memberi kepusan kepada diri sendiri kerana anda telah berjaya menyahut cabaran untuk kelihatan cantik dan sihat. Pasti anda berpuas hati dengan pencapaian ini. 

4. Kelebihan kurus untuk keselesaan diri
Apabila tubuh kurus dan langsing, anda pasti berasa selesa kerana boleh memakai baju mengikut fesyen yang terkini. Tentu anda juga merasa selesa apabila mengenakan pakaian bersaiz S atau M. 

5. Kelebihan kurus untuk memudahkan pergerakan 
Apabila tubuh besar atau gemuk,anda tentu akan cepat penat dan sukar untuk bergerak. Tubuh kurus memudahkan pergerakan anda terutamanya memerlukan tenaga. 

6. Kelebihan kurus untuk menjimatkan perbelanjaan
Perbelanjaan untuk membeli barangan dapur dapat dijimatkan jika anda kurang makan. Perbelanjaan untuk petrol juga dapat dijimatkan kerana beban untuk kereta semakin ringan. 

Oleh itu, bertekadlah untuk menjadi kurus kerana banyak kelebihannya. Ingatlah bahawa ''mencegah itu lebih baik daripada mengubati''. Semoga perkongsian artikel kelebihan kurus ini bermanfaat untuk anda.