Jumaat, 26 Disember 2014

Khasiat Buah-buahan

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Khasiat Buah-buahan
Link : Khasiat Buah-buahan

Baca juga


Buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan manusia. Kali ini saya akan kongsikan berkenaan khasiat buah-buahan berdasarkan kandungan nutriennya. 

Khasiat Buah-buahan
Khasiat Buah-buahan - Sumber gambar wonderwoman.intoday.in
Selain daripada rasanya sedap, buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai snek yang menyihatkan. Berikut beberapa khasiat buah-buahan:

1. Khasiat buah-buahan – Vitamin A
Buah-buahan seperti tembikai susu, labu, aprikot, pic, pisang dan keledek kaya dengan vitamin A. Vitamin A bermanfaat untuk masalah rabun dan melawan penyakit. Carotenoids (warna merah, oren atau kuning) bertukar kepada Vitamin A ketika proses penghadaman.

2. Khasiat buah-buahan – Vitamin C
Tembikai, strawberi, mangga, nenas, betik, buah-buahan sitrus dan kiwi kaya dengan vitamin C. Vitamin C bermanfaat memulihkan dan menambah tisu badan di samping untuk sistem imunisasi. 

3. Khasiat buah-buahan – Protein
Kurma, limau mandarin, buah ara, pisang, pic, nenas dan avocado mengadungi protein yang bermanfaat untuk mengatasi masalah keguguran rambut, kekeringan kulit, pening kepala dan kesukaran tidur. 

4. Khasiat buah-buahan – Serat
Anggur, buah ara, jambu, epal, kismis dan prun mengandungi serat yang tinggi serta kalori yang rendah mampu membuatkan rasa kenyang. Serat juga bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol serta tahap gula dalam badan. 

5. Khasiat buah-buahan – Potasium
Aprikot, pisang, buah ara, mangga, kismis, avocado dan strawberi kaya dengan potasium yang bermanfaat untuk mengekalkan tahap air dan asid dalam sel tisu di samping membantu menguatkan otot. Pengambilan potasium dapat mengurangkan simptom tekanan darah tinggi, diabetes dan kelemahan memori.

Buah-buahan ini boleh dijadikan snek yang dimakan segar atau diproses menjadi jus buah. Oleh itu, diharap perkongsian mengenai khasiat buah-buahan ini bermanfaat untuk menambah informasi anda. 

Khamis, 25 Disember 2014

Petua Memilih Makanan untuk Kesihatan Mata

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Memilih Makanan untuk Kesihatan Mata
Link : Petua Memilih Makanan untuk Kesihatan Mata

Baca juga


Mata adalah salah satu daripada pancaindera yang tidak ternilai harganya. Menjadi kewajipan kita untuk kita menjaga mata agar ianya sentiasa sihat. Kali ini saya akan kongsikan mengenai petua memilih makanan untuk kesihatan mata.

Petua Memilih Makanan untuk Kesihatan Mata
Petua Memilih Makanan untuk Kesihatan Mata -Sumber gambar abcnews.go.com
Makanan adalah salah satu faktor penting untuk penjagaan mata. Beberapa petua memilih makanan untuk kesihatan mata berdasarkan jenis makanan adalah seperti berikut: 

1. Petua memilih makanan untuk kesihatan mata – Lobak merah
Lobak merah kaya dengan beta carotene (penting untuk kesihatan mata), lycopene (melindungi dari sinaran UV) dan lutein (melindungi kerosakan radikal mata). 

2. Petua memilih makanan untuk kesihatan mata – Tomato
Kandungan lycopene dan lutein di dalam tomato dapat mencegah kanser mata. 

3. Petua memilih makanan untuk kesihatan mata – Bawang putih dan merah
Kedua-dua jenis bawang ini mengeluarkan glutation iaitu sejenis sulfur yang berfungsi sebagai antioksida untuk mata. 

4. Petua memilih makanan untuk kesihatan mata – Kacang walnut
Kacang walnut mengandungi omega-3, vitamin E dan antioksida yang baik untuk mencegah radang mata.

5. Petua memilih makanan untuk kesihatan mata – Kacang soya
Kacang soya dpat mengelakkan kekeringan mata. 

6. Petua memilih makanan untuk kesihatan mata – Teh
Kajian menunjukkan bahawa teh mampu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Teh dapat mencegah penyakit katarak. 

7. Petua memilih makanan untuk kesihatan mata – Telur
Kandungan sulfur, protein dan cysteine di dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. 

Oleh itu, manfaatkan sepenuhnya makanan semulajadi atau alami seperti di atas untuk melindungi mata anda. Semoga perkongsian petua memilih makanan untuk kesihatan mata ini bermanfaat untuk anda.